RESEPI SIMPLE TOMYAM SARDIN
Monday, July 3, 2017, ϟ 0 shout(s)

assalamualaikum.

Selamat hari raya korang. Hari ni isnin so agak agak macam monday blues kan. Bertabahlah korang walaupun masih mood raya, tapi kerja tetap kena kerja.

Ok harini nak kongsi resepi ringkas naik cuti barang tak ada kat rumah. Biasa la cuti seminggu, sebelum cuti dah bersihkan semua stok kan, so dah balik dari bercuti panjang, barang dapur tinggal ape je. Yang ada sardin tin, pastu baki bahan bahan tomyam minggu lepas.

So lets tomyam simple giler ahhaha.

Bahan bahan (ikut apa adanya dalam peti aku ni) :

Sardin 1 tin
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1/2 bawang besar (baki last week)
2 batang serai
1 inci halia
3 helai daun limau purut
2 biji cili padi
2 kiub tomyam Knorr
1/2 tomato
1 cawan air
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya - just untuk tumis

Cara cara :

1. Titik bawang putih, serai, halia dan hiris bawang merah. Tumis sampai naik bau je
2. Masuk air dalam tumisan tadi
3. Renehkan jap, pastu buh kiub tomyam 2 ketul - pekat okkkk sedap
4. Dah mendidih, masuk sardin beserta sos dia sekaligus
5. Masuk daun limau dan bawang besar serta garam jangan dilupa
6. Naik bau limau purut tadi, masuk la tomato jap
7. Dah menggelegak dan bau sedap dah menusuk hidung, boleh angkat dan hidang


Serius 10 minit pun tak sampai wey. Sedap pun sedap. Tomyam aku ni kosong pasal tu jelah yang ada. Kang ajak laki shopping ahhaha.

Korang boleh adjust ikut selera masing masing.

Kalau ada ayam buh la ayam
Kalau ada sayur berbilang kaum, buh jela, carrot, cendawan putih, saderi dll

Kan ikut selera masing masing. Tomyam aku basic je ni.

Ok aku belanja gambar, pastu aku makan luuuu k. hahaha



Selamat mencuba :)

new past