pavlova lova yang manis versi ananum manis.
Tuesday, August 28, 2012, ϟ 0 shout(s)
assalamualaikum.
aku ni ada sejenis penyakit takleh tengok benda yang nampak sedap. terus google resepi dan buat. walaupun tak pernah makan benda tu, tak tahu tekstur cemana, rasa apa. yang penting eksperimen. bedal jelah. muahahaha.
dan kali ni eksperimen aku buat pavlova. simple sangat nak buat nye pong. awak dan awak, bolehlah google resepi segera, cara buat cemana, pantang larang apa. oh saya akan story sikit cemana saya boleh terbuat benda ni. eh.
okey, bahan buat pavlova ni sikit je. all you need is;
2 biji putih telur (i told you, PUTIH telur sahaja)
1/2 cawan gula (dannnnn aku dah reduce ke 1/4 cawan but still manis amat)
1 sudu kecil tepung jagung
1/4 sudu kecil esen vanila (with no doubt aku letak satu sudu. miahahaha)
1/4 sudu kecil cuka makan
cara buat pulak;
pukul putih telur hingga gebu pekat likat dan bertanduk
teruskan pukul dan letak gula sikit sikit
teruskan pukul dan letak tepung gandum
stop pukul dan kacau dengan esen vanila dan cuka
kaupbalikkan hingga sebati
letak atas baking paper atas tray pembakar
adunan jangan nipis sangat jangan tebal sangat
oven panaskan awal awal, pahtu time nak bakar suhu 100-120 darjah selsius
bakar dalam sejam lebih, hingga perang, hingga puas hati
tak paham? google sumber lain okey?
sebelum masak ghupe ini pavlova saya.
lepas masak gini ghupenye. muehehehe.
yang bijik bijik tu bukanlah tahi kambing. itu cuma cekelat chip. rasa yang ada chips tu lagi sedap kot dari yang plain. lagi seimbang rasa manis dan pahit cekelat. argh. oh ya rupanya macam biskut. pavlova versi ananum memang macam macam sket pesennya. haha.
oh ya sepatutnya makan dengan cream atas nya ada buah buah segar. tapi saya tak letak sebab tak beli sebab lupa. alaaaaaaaaaa senang je buat creamnya.
pukul hingga likat whipped cream yang non-dairy punya pahtu susun buah atasnya. nak sedap campur gula sesudu.
dah.
jangan risau jadi ke tak jadi. tu belakang kira. muehehehe.
oh ya. saya ada hajat. saya nak gi jenjalan kat kuala gula. ni map nya. eh?
kbyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
new past


