the Ramadhan Al Mubarak dan lapar mata.
Monday, July 23, 2012, ϟ 1 shout(s)

assalamualaikum.

Ramadhan dan bazar ramadhan memang tak dapek nak dipisahkan. seperti isi dengan kuku, seperti aur dengan tebing. macam trending juga. sama jugak dengan jualan murah, sale and whatsoever. seminggu sebelum puasa dah nampak dah khemah naik, perkataan sale bersepahan tepi jalan. mengundang nafsu membeli. tak terkecuali aku la. ye aku memang cakap korang. aku pun cakap pasal diri aku. nafsu mengeluarkan duit untuk beli itu ini itu ini ituuuuuuuuuu dan iniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

cerita bazar.

rakyat malaysia memang suka beli lebih dari cukup. ibarat kata pepatah. lebih makanan dari kantung perut. yaaaaa. pergi bazar, bimbit banyak giler dowh plastik makanan. ada ayam percik lah, nasik kerabu lah, air katira, sirap limau dan kelapa jelly. eh ada lagi, kuih onde onde dan nekbat. ehhh ada lagi. murtabak special! gaya beli macam untuk hari ni punya berbuka, esok punya sahur, esok punya berbuka dan lusa punya sahur. just awesome lah kan. 

heat of hari pertama puasa agaknya.

then, kakak kakak abang abang bazar mulalah mencari keuntungan. jual nokharom mahal. yaaaaaaa. anda penat. keluar modal dan tenaga untuk masak. dan nak untung kan kan? yaaaaaaa anda lah penentu harga pasaran. tapi kalau dapat customer macam abah aku, dimana beliau adalah pesen tanya-harga-kalau-mahal-blah-tak-datang-balik-dah, anda juga terlopong. itu sorang. kalau abah aku ada klon? lebih kurang 10 orang berperangai macam abah? amik kalkulatorr sekarang dan kira.

oh ya. scenery bazar jangan lupa. cuci mata. well not saying that i'm perfect dalam berpakaian. cuma biasalah, scenery cleverage dan flipshair tu buat aku rasa sedikit malu. bukan aku pakai macam tu tapi aku rasa malu tengok. yang paling aku tak suka scenery laga laga momtot bila selisih dengan ramai orang between food stalls. boleh buntang mata terkejut oi. jangan ingat bulan puasa orang tak panjang tangan buat macam macam. haaaaaaa. oh ada satu lagi. aksi brader pandang atas bawah atas bawah atas bawah bawah bawah bawah. yang tu mintak penumbuk betul.

okey end up with bazar. next!

sales/jualan murah.

time ni adalah syurga dunia. semua sale. less 70%! sale 90%! benar benar main psikologi. aku pun terjebak sama di mana nafsu tengok baju less less less je. hampir semua benda sale. tuppaware, perabot, baju toksah cakap lah, biskut raya, tudung, shawl, emas, kasut, bag *such women stuffs*, kereta. eh? HAMPIR SEMUA. aku keluar gak cuci mata hari kedua puasa. tu diaaaaaa habaq hang. sorang sorang bimbit dua tiga plastik. 5 pasang sorang gamaknya baju. eh aku pun TERbimbit jugak. TERbeli pulak time tu. wkwkwk.

such a nafsu kan?

scenery cleverage hampir sama dengan yang atas tadi. tak perlu repeat. bayangkan sendiri. *bayangkan bayangkan*

gulp.

itu ceritanya. baru hari ketiga. nanti sambung.

eh ada matlamat Ramadhan kali ni. insyaAllah.
khatam walaupun bacaan tak bagus sangat. improve sikit sikit. insyaAllah :)
modified baju lama dengan beading so nanti shining shining di Aidilfitri.
buat biskut raya dah oh apam juga. kalau rajin.
teraweh jika berkesempatan.
berjimat cermat dan kurangkan aktiviti ke bazar dan improve skill memasak.
dan tu jelah kot.




remind yourself as well. ibadah puasa is Lillahi Ta'ala.


sekian adios. assalamualaikum lovely! :)







new past