pakai dan buang
Wednesday, January 18, 2012, ϟ 0 shout(s)

gadis, perempuan, dan wanita tak dapat dipisahkan dengan tuala wanita. kerana setiap bulanpun, ia adalah kawan baik semua wanita normal. aku guna wanita kerana perkataan wanita menggambarkan kematangan yang lebih alami.

sesetengah wanita masih lagi tak tahu cara pengurusan tuala wanita. mungkin mereka kurang pendedahan dari awal akil baligh seterusnya membawa satu tabiat pengurusan tuala wanita yang tidak betul. oh skema sekali bahasa.

aku budak hostel, aku mula kenal benda alah ni pun di hostel. ia satu pengalaman baru masa tu, masa awal tingkatan dua. gadis gadis mula period tingkatan dua tu normal lah, ada kes yang sedikit luar biasa yakni period masa darjah darjah. oh what a life.

lucky me, aku diajar oleh senior cara pengurusan yang betul, yakni membasuh dan membuang plastik tuala itu secara proper. which means, tiada kotoran tertinggal sebelum membuang plastik tuala itu. takde hukum suruh kita basuh tuala wanita. dari aspek kebersihan, aku rasa patutlah basuh kot sebelum buang. benda tu berbau hanyir, nama lagi darah kan. kalau kau kata geli tengok darah sendiri, pejam mata, jangan tengok. ayoyo. basuh pulak jangan cikai cikai la. basuh sampai takde sikitpun kotoran. part paling susah adalah basuh kapas bahagian dalam tuala tu. so kalau nak senang, tips aku pun senang, buang kapas tu sekali masa basuh. ia mudah dibawa air dan mudah hancur/relai dalam air. eh, buang kapas sahaja, jangan plastiknya. plastik tu masuklah dalam tong yang disediakan. biasanya tandas awam tempat orang ramai ada sanitary bin. kalau kat rumah pulak, lebih elok dibalut dengan paper dan dibuang dalam tong sampah. nak lagi best, korang boleh bakar. best best.

sejarah yang diimbas menceritakan, time sekolah asrama adalah normal untuk menjumpai bahan buangan tak berbasuh dalam toilet. mungkin kerana takat kematangan dan cara berfikir masih belum tuntas dan cerdas. tapi adalah ajaib sekiranya di universiti hal begini berlaku. rata rata yang masuk uni adalah berusia 18 tahun paling muda. nafsu berboifren dah ada, maka secara taklangsung boleh fikir dengan betul la kan?

tapi kesal juga tebiat sekolah terbawa bawa ke alam universiti. buang dengan sungguh takpropernya. letak merata. err tolonglah faham maksud ayat diatas. geli tahu ngak?

darah haid adalah darah kotor. darah kotor adalah darah yang disukai syaitonirrojim. bukanlah para wanita pinta untuk ada darah begini tapi fitrahnya wanita sempurna adalah sudah ditetapkan begini. sebagai tanda organ reproduksi kita masih sempurna untuk melahirkan modal insan berjaya. chewah ayat aku dah macam wakil rakyat puleks. eh syaitonirrojim tu sebenarnya, aku teringat pasal cerita seram sekolah asrama dari kakak senior, dia kan cakap kan, kalau kita tak buang tak basuh elok elok kan, setan pegi jilat benda tu macam jilat jem seteroberi dekat roti. eiuw. sampai sekarang aku tak makan jem seteroberi memikirkan perkara berkenaan. dan lagi satu, kakak kakak ada cerita kan, kalau orang nak bomoh bomohkan kita, darah haid adalah salah satu sumber yang berjaya untuk menghisteriakan, merasuk, or whatsoever benda setan suka tu. contohnya seperti menitiskan asam limau atas eiuw eiuw itu. wallahualam sila tanya pada pakar.

sebenarnya, aku nak bagitahu di sini, di entri panjang ini bahawa wanita perlu menitikberatkan soal kebersihan terutamanya part haid dan tuala wanita ni. jangan muka cantik, tapi sepah tinggalkan tuala anda merata. no no no don't wan't like that haaaa. pengurusan tuala wanita tu sangat penting, terutamanya part kebersihan. aku titikberatkan kebersihan kerana bagi aku, sangat tak elok tinggal sisa anda tu merata. yes, malu muka sebenarnya nak taip benda ni. ini common things, semua wanita pun tahu, semua wanita pun alami. anda reti pakai so anda reti simpanlah. reti? semua kaum pun akan ada satu pegangan kebersihan dalam agama mereka kan. dalam islam apatah lagi. adakah anda gegeli segeli gelimat bila tengok orang lain punya? so begitulah jua anda kena pastikan anda punya tak dilihat orang. jangan gunakan sangat prinsip 'lantakkaulah' tu. aku hantuk kepala kau dekat sinki kang. well educated person akan dilihat dari pelbagai aspek, termasuklah aspek ini. adakah anda benar benar educated? buktikan.

sampai hari ni, ada certain manusia yang tak pernah faham bila baca notis tertampal kat pintu jamban cakap 'anda buang tuala wanita merata, anda babi'. masih jugak letak merata, masih juga buang merata. well done!

new past