kek cekelat tanpa telur
Friday, January 20, 2012, ϟ 1 shout(s)
kek tanpa telur. unik, sebab tu aku try buat. walhal aku bukanlah seni sangat bab membuat makanan ni. kehkehkeh. btw, agak sedap jugaklah kek aku ni, licin noks. err agak? pelik sikit rasa bila makan kek takdak telur ni. haha. whateverlah T_T. meh nak share resepi. resepi ni aku gugel habis habisan dah.
Eggless Choc Cake
bahan bahan:
bahan bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bikarbonat
2 camca besar susu tepung
*ayak sekali
1 cawan gula perang/soft brown sugar
1/2 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air dari peti sejuk
1 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh mocha flavor
secubit garam
1 camca teh cuka makan/jus lemon/oren sunquick
langkah langkah:
pertamanya panaskan oven 175 darjah selsius. leser tin/loyang dengan minyak then lapik dengan kertas minyak
keduanya gaul dalam satu bekas bahan bahan yang di ayak tadi dengan gula perang dan garam sampai rata
ketiganya tambah air, minyak jagung, esen vanilla, mocha flavor dan kacau lagi hingga sekata
keempatnya, masuk cuka makan dan kacau lagi dan lagi hingga sekata
kelimanya tuang dalam loyang dan bakar lebih kurang 35-40 minit
keenamnya tunggu sejuk dan makan! :)
see? damn senang gila resepi. tapi aku takdak mocha flavor so aku ganti dengan esen coklat. aku jugaktak letak kertas minyak so melekatlah kek kat leloyang aku. ape ape pun ia masih asikkkk untuk dimakan :)
sila tatap hasil kerja aku yang takdelah-nak-ohsem-sangat ni.
rompong sedikit sebab tak menyempat nak makan. eh kalau nak tahu masak ke belum, cucuk dengan lidi atau gerpu. kalau melekat maknanya masih belum masak lettew.
trying gains an experience, to be more better than today. ngiaw ngiaw!
:)
new past

