sekolah lama
Sunday, December 4, 2011, ϟ 6 shout(s)

Toyota KE20 : old school rock!

"minat gua terhadap kereta sangat mendalam, gua minat kereta sekolah lama "

main kereta ni perkara yang biasa bagi lelaki hensem macam gua.(perasan hensem je gua nih). tapi sekarang ni gua tengok ramai lelaki yang bergaya dengan handbag, bermekap segala ni. kalau tolong bawakkan bini punya handbag takpelah.maksud gua disini, mana pegi sifat lelaki sejati diorang nih? ape dah takde keje lain dah selain jadi mak andam? geli geleman gua.huh.

pakai kete sekolah lama ni memang mencabar. bayangkan lah, tengah bawak awek happy-happy pusing kolumpo tiba-tiba enjin mati. check punya check tengok distributor problem, adjust distributor,nasiblah kalau enjin hidup balik. kalau awek lu paham dan tolong hulurkan sepana kat lu untunglah. kalau jenis yang taknak keluar kereta. silap-silap masuk ICU kene baling sepanar dengan awek kesayangan lu orang .itu gua kira tak mencabar lagi, kalau kereta yang dah pakai segala barangan yang rare, sport rim empat bulan gaji gua pastu parking bersepah, kemudian tengok rim mahal korang tu kene rembat. lu orang ade nafsu lagi nak pakai kereta sekolah lama? gua ade nafsu lagi.kekeke

nafsu gua nak memelihara kereta sekolah lama ni dah lama muncul.gua sangat terpegun dengan kejuruteraan dan mekanikaliti kereta dulu-dulu. jurutera dulu mereka buat kereta fikir panjang tentang ketahanan sebuah kereta. jurutera sekarang ni semua makan gaji buta, janji kompeni untung. Sekarang ni dah tiba masa gua nak serius dalam usaha memelihara kereta sekolah lama ni. sebagai permulaan member gua dah dapatkan satu kereta yang agak klasik,Toyota KE 20 dengan harga yang boleh tahan lah murahnya. kami dah buka bengkel untuk memelihara segala jenis kereta sekolah lama. semua ni kegiatan gua selepas waktu sekolah. doakan gua dipermudahkan segala urusan memelihara kereta sekolah lama ini. nanti gua story lagi pasal teknikal kereta sekolah lama. tunggu.sekian.chow!


bengkel kecil kami

: ade sape-sape nak isi borang seratus muka surat?





new past