raya 2011
Saturday, September 3, 2011, ϟ 0 shout(s)
raya pertama :
ni antara sebahagian family belah abah.
hasil kutipan banyak lah jugak raya pertama. lepas la setakat nak beli choki choki, belanja topup singgit sorang. biskut raya pun laku aje. biskut sarang semut pepagi lagi dah licin kena baham dengan budak budak sepupu cinonot semua tu. pagi raya dengan belakang yang sakit sebab tertidur dekat dapur lepas tolong geng makcik makcik T_T'. tidur atas katil buluh pulak tu, tanpa alas. padan muka.
raya kedua :
tak hado gambar. tak beraya pun. duk umah nenek belah ummi dengan berkain batik aje. tolong tolong kat dapur sikit sikit untuk kenduri tahlil 40 hari arwah paklong.
raya ketiga :
mendukung sepupu si mata bulat nabihah yang tengah gatal gusi. kejenya nak makan jari aku, macam piranna. umur dia 6 bulan. oh dia orang taiping :D
pagi gerak pegi sekolah abah, katanya ada reunion sekolah menengah. sampai sana, memang ada reunion, tapi bukan batch dia. so pegi umah atok, ayah kepada abah, untuk jumpa adik adik abah dari melaka dan taiping. panasnya masyaAllah. padan muka lagi sapa suruh jadi woman in black.
sebelah malam ada majlis solat hajat untuk sepupu yang nak fly ke Jordan lepas raya ni dengan majlis akad nikah sepupu ummi. takde gambar pengantin ke hape. aku orang dapur. keja aku cuci pinggan, angkut pinggan, angkut hidangan sampai rasa suck macam nak patah pinggang. hahaha!
raya keempat :
which means hari ini/tadi/sebelum jam 12 malam. takde gambar sebab aktiviti cuma berada dalam kereta dari kelantan ke ipoh. dengan jalan jam, dengan eksiden berlambak, dengan mengantuk sepanjang perjalanan. bertolak 11.15 pagi, sampai kat rumah jam 7.14 malam. lama kan?
tu jelah diarryy syawal cik hanum. esok, aktiviti seperti biasa. kalau dah ada kat bumi ipoh ni, tak beraya sangatlah, kera sumbang takde kawan. hahaha! :D
sekian zasssss!
p/s: selamat pengantin baru buat schoolmate syamira suliman dan buat tokey terompahsurau, kak liyana. nak anak buah cepat cepat yihuu!
p/s/s: hari raya dikelilingi baby ramai sangat sampai rasa nak timang anak sendiri. lempang nak? gatal.
p/s/s/s: sedih woi nak beraya dengan kawan kawan jugak. huu sobs sobs!
p/s/s/s: sedih woi nak beraya dengan kawan kawan jugak. huu sobs sobs!
new past


