Memasuki Atmosfera THE CHOMOT THE CENGENG
Tuesday, September 27, 2011, ϟ 7 shout(s)

Assalamualaikum semua,

Pertama sekali,ber-billion bakteria terima kasih disebarkan kepada Cik Hanum kerana telah menjemput saya, mr saiban untuk menjadi penconteng bersama blog The Chomot The Cengeng kesayangan beliau ini.

Memperkenalkan diri ini sebagai mr. saiban. Nama penuh dalam surat beranak tahun 1989, Alif Ashraf Ahmad. Seorang yang tak hensem dan kadang kala je baik dan bijak . Aku berasal dari Gemas, Negeri Sembilan. Dilahirkan di Pekan, Pahang. Sekarang ni,aku meneruskan sisa kehidupan di Petaling Jaya.

Latar pendidikan aku tak lah hebak pung. Menerima pendidikan awal di tabika kemas sekitar tahun 1996 dan seterusnya meneruskan pendidikan di sekolah kebangsaan Felda Pasir Besar,Gemas. Setelah lulus dalam UPSR aku meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman,Gemas sehingga tingkatan 3 dan seterusnya selepas PMR, aku menerima tawaran untuk meneruskan pelajaran dalam aliran sains tulen di Sekolah Menengah Sains Seremban,yang agak fames dengan nama jolokan, SASER. Selepas bersoronok di sekolah ni selama 2 tahun, aku berhenti sekolah selepas mengambil Sijil Pelajaran Malaysia,SPM. Dengan keputusan yang tidak seberapa, aku ditawarkan melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Pahang ,KMPH sekitar tahun 2007. Ahaa..disini la bermulanya perkenalan aku dengan cik hanum si mulut tempayan tuuu... Sabo. Nanti aku story okay.. Namun, kusangkakan panas sampai ke petang,rupanya hujan ditengah hari, cheewahh..mcm mat jiwang la pulak aku nih.Aku berhenti dari KMPH dan menerima pelawaan Felda untuk meneruskan pengajian di Malaysia Airlines Engineering Training Centre, METC,Subang dalam bidang penyelenggaraan pesawat . Setelah 3 tahun aku di METC, sekarang aku menjalani praktikal di Malaysia Airlines selama 2 tahun +. Kini berada di tahun ke-5, Alhamdulillah, tanggungjawap semakin berat dan semakin sibuk demi cita-cita menjadi Jurutera Pesawat.

Menulis blog, salah satu cara mengurangkan stress dan mengembangkan idea.

Ini adalah entry pertama dalam hidup aku. Apa yang boleh aku katakan hanyalah, seronok.Sebarang komen yang keji dan membina akan diterima seadanya.Aku baru nak belajar menulis . Aku akan cuba memuaskan nafsu kalian yang dahagakan ilmu. Peh.buku teks ayat aku ni!

Membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. – Kamus Dewan Edisi Baru, (1991).

Membaca jambatan ilmu jo!

Dah! cerita banyak pun tak guna.tunggu entry aku.Chow! Assalamualaikum.fuhh siap gak..kekeke


new past