bercinta dulu dulu, stylo!
Wednesday, September 7, 2011, ϟ 6 shout(s)

comel je bila ingat balik 5 tahun sekolah serama tu, macam macam benda kelakar berlaku. nakal tak hingat. mengalahkan monyet kena belacan.

kisah nakal tu letak tepi dulu. kalau nak cerita, banyak jugaklah. aku nak cerita style bercinta zaman sekolah yang aku survey dulu. tak kisahlah kisah aku sendiri atau kawan kawan sekeliling.

curi curi skodeng time perhimpunan/dewan makan/hari sukan/dalam surau time kuliah maghrib dan sbgnya. setan sungguh. masa ni lah nak buat adegan cinta pandang pertama. cari dan camkan orang yang kita suka, then tanya member member kenal tak dengan guys tu. tanya nama dan lokasi kelas. kalau dapat senior, maka akan femeslah dikalangan kakak senior. pastu mula naik kepala sebab senior back-up kalau ada pape. kalau dapat sama batch, senang sikit nak jumpa, kot kot ada kelas tambahan sama sama. aip aip hepinyeeee masa tu. rasa dekat yawr.

okey set, nama dah dapat, kelas dah tahu. mulakan aksi jeling-senyum-malutapimahu. haktuih. gilaaaaaa gedixx. heyy mestilah, nak bagi hint dekat orang yang kita suka, ye dak. kalau tak kau simpanlah perasaan tu sampai karat. haha. aku dulu suka dekat budak sama batch. so aku kan dah tahu kelas dia kat mana. so aku pun pergilah menempel kat kelas dia, konon pegi pinjam buku dengan kawan aku. haha bodo gila. sendiri berdebar dup dap dup dap aje. bajek orang tengok aku lah konon.

bila dah kantoi, plus respon baik, akan adalah adegan berutus surat. pinjam buku, then reply surat letak dalam buku. berbunga bunga nokkk. lepas baca aja mesti ada pantun, pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas'. balas jangan tak balas! pastu mesti jugak ada request suruh attach gambar sekeping dalam surat tu. susah wooo dulu nak dapat gambar boipren sendiri. takde camwhore camwhore ni haa.

dalam berutus surat tu mesti punyalah bertukar gambar dan biodata. ada nama, alamat, warna kegemaran, no telefon. yaaa, NO TELEFON. balik kampung boleh saya koling koling awak, pakai phone rumah saya yek. gila sweet. sekarang mana nak dapat? dulu jugak kat sekolah aku, public aspuri boleh call public aspura. awesome gilaaaa public tu. spare lima nam ringgit dalam poket, nak gayut punya pasal. cari port malam lah, sebab siang orang dengar. lagipun public phone sekolah aku letak dekat tengah tengah laluan dewan makan, bila makan 4 waktu ni, lepas waktu makan terakhir aje yang lengang sikit.

alah topik bergayut katun nak mampuslah. dah tanak tanak cerita. memalukan!

bila ada surat, ia mestilah juga sinonim dengan posmen. kehkehkeh. posmen adalah orang upahan/penyimpan mohor besar yang paling penting. mestilah terdiri dari orang yang dekat dengan si jejaka idaman tu, dan boleh dipercayai.tanpa dia, takdelah nak merasa bait bait cinta dari surat si dia nanti. peranan posmen juga adalah sebagai penyampai hadiah, penyampai cekelat bar cadbury, penyampai berita. seingat aku, pengorbanan yang paling besar pernah dibuat dari segi kewangan budak sekolah sepertiku adalah bagi hadiah paling mahal, wallet radioactive. bukan topup tapi wallet berjenama ye kawang kawang. menabung jugaklah. aku sendiri tapenah pakai wallet begitu. kehkehkeh =_=''''

sebut pulak pasal cadbury, aku ni kelab usahawan dulu. kelab kami ni selalulah buat jualan dedikasi dekat student lain. means, kami adakan barang, biasanya makananlah dan kami hantar kepada penerima yang anda inginkan dengan syarat anda bayar kami. gituuuuu. dedikasi A ada buah epal/oren, balut siap, ada reben, dan kad kecik. paling ekonomi lah yang A ni, tak silap aku RM1.20 je. lepas tu adalah lagi B, C, D, E bagai. yang paling laris, dedikasi cadbury. harga pun mahal sikitlah termasuk upah membalut dan penghantaran. ahhhhh itu tak menjadi halangan kerana sayang menguasai segalanya. aku tak melepaskan peluang dedikasi dekat si dia, balut sendiri woi, ekslusif! hantar orang lain lah, malu. =_='

untuk lebih dekat, adalah melalui kegiatan berpersatuan. usha lah dia pilih badan beruniform apa dan kelab apa dan rumah sukan apa. senang nak tengok muka bila satu kelab ni woi. acececey! ya aku pilih kelab pengguna dulu time form 3 sebab nak sama. tapi nak badan beruniform sama tak boleh sebab beliau masuk kadet polis. manaboleyy perempuan masuk kadet polis juga, ustaz tak bagi. *argh gedixnya aku.

part dating, mesti nak belakang pintu kelas. mesti. pastu ada tukang cover line, biasanya peneman tu adalah posmen bertauliah tadi. takut kantoi maklumlah orang tu femes, atlet sekolah lagi. aku ni golongan bawahan je. waktu dating, masa prep petang atau prep malam, dan waktu outing. masa balik kampung taboley, mak marah haa tamo tamo. daerah lain lain, susah sikit. date masa prep, dekat belakang kelas sebelah/sebalik pintu main cak cak. masa outing, dekat kepci lah. tapi bertuah je date kat kepci kalau lelaki ngan perempuan outing serentak.

okey part atlet ni, ada satu tebiat aku salu buat. duduk hujung koridor aspuri dan skodeng orang main bola sepak. bahagia nak mampus dowh usha dari jauh cemgitu. aspuri dan padang bola dipisahkan dengan sebatang jalan sahaja. aspuri pulak atas bukit sikit. so tinggi dan senang aku teropong satu padang tu. minat punya pasal. dah lah beliau senang nak dikenalpasti. hahaha! kompem jam 5 kauorang boleh jumpa aku di hujung koridor jika aku kelapangan masa tu.

itu dulu. nama lagi cinta munyet kan, kami dah membawa haluan masing masing dah sekarang. masa dan keadaan memisahkan kita. har har har! oh aku dah tak kontek kot dengan dia sebab dia selamat jadi pakwe orang dah pun. feling pun dah takde. okey har har har.

er macam cerita aku je banyak ni. haha. sharing the fun. dulu takde blog nak tulis, main tulis diari je. sekarang diari pun dah takde, dah bako sebab malu sangat bila baca balik haha.

tu semua x-factor bercinta dulu. seronok. agak bertamadun sikit. sekarang ni, dunia serba canggih. mudah nak mengadu sana sini. dah boleh update status dengan pantasnya. 'byy, ayangg windulah dgn byy. ayangg nak byy nyanyi untuk ayangg before titow boleyy?'. takpun, 'mencikk lah byy, sape komen komen kat wall fb byy tu? gatal pulak byy balas balas. menccccchhhhiiiikkkkk!'. geli tekak. takperlu nak tunggu surat, dating, atau posmen untuk tahu berita awek/pakwe kesayangan. via twitter aje cepat sikit.

part gambar taknak komen. 18sx sangat. no more attach gambar dalam surat.

hadiah pulak nak tiap tiap bulan. tiap tiap 23hb setiap bulan. konon aniversary kau pakai bulan, nampak lama sikit korang bercinta. hadiah pulak nak mahal mahal aje. henfong lah. takpun patung domo domo, kasut, bag, baju, big apple. tiap tiap bulan weh. sepak kang! kopaklah duit PTPTipu kalau cemgitu. tak masuk maintenance untuk kredit lagi. kang takde kredit, takleh buat daily report pulak. kalau takde daily report, mana nak match baju ayang dengan abang hari ni T_T''. takde dah hadiah origami duit singgit bentuk love siap selit gambar. tade tadeeeee. tade jugak pensel feveret sebagai hadiah. yang ada sekarang hanyalah hadiah materialistik. tiap tiap bulan begitu mahulah poket ringan selalu iyedak?

dan banyak lagi yang terlintas dalam kepala aku ni. *lenguh jari, malas nak taip dah =_='*

alah, entri ni bukan nak kondem percintaan zaman sekarang. cuma tinggal kisah dan ada pengajaran disebaliknya. 'buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadiiiiii.........' (p ramlee, 3 abdul). yang penting sekadar berkongsi kenangan. :D

soooooo chill yawr! sekian :D






*seperti biasa ayat aku serupa keling so tak paham buat buat paham jelah. :)

new past