terawih
Sunday, August 14, 2011, ϟ 4 shout(s)
aku pergi terawih dekat taman perumahan rumah aku. selepas berapa lama aku terawih dengan member member disebabkan aku sekolah serama dari lepas baligh sampai besor boleh kawen ni, tahun ni aku merasa balik terawih dengan golongan makcik makcik. situasi terawih dengan member dan makcik adalah sedikit beza.
- saf mesti lompang lompang. kadang kadang sampai sedepa lompangnya. sebab apa lompang makcik makcik? sebab makcik taknak berpisah dengan sejadah.
- saf depan tak penuh, ditambah pulak lagi satu saf kat belakang. sebab apa tambah saf makcik makcik? sebab makcik terlambat. *ape masalah dtg lambat? takleh maju kedepan kah?*
- anak anak berlari riang *termasuklah adik aku* dan berkenal kenalan. awak nama sapa? eh awak yang baju pink tu. haaa awaklah!
- selipar. ni yang selalu terjadi. pergi dengan vincci, balik dengan selipar jepun. takpun pergi dengan selipar sama, balik dengan saiz besar sebelah. takpun sebelah baru sebelah buruk. =_='
- kena tenung dengan makcik sebelah. ni saya tak paham ni makcik. kalau ye pun berkenan dengan saya, janganlah usha muka saya sampai saya baca doa tertunduk tunduk pun, makcik still usha saya. malulah saya *winkwink*. saya jeling dgn ekormata dan instinct yang kuat kat makcik tu. (saya eh?)
- cepat nau nak melipat sejadah, nak salin telekung. kot ye pun ada bubur lambuk lebih berbuka tadi, masa orang baca doa, tadahlah tangan. tadahkan hati. walaupun kadang kita tak faham doa tu, tapi kan kita nak aminkan. ni tak, sebok je nak lipat sejadah. adoi. =_='
- budak budak main mercun. yang ni tak dapat nak kenalpasti sapa lah sebab dia baling mercun sembunyi tangan. licik menyelamatkan diri selepas mengejutkan makcik makcik dan nenek nenek dan kakak kakak yang tengah solat. kus semangat. nasib je tak melatah. haha.
- lepas terawih mesti ada moreh. mesti. :)
ape ape pun, aku seronok berterawih sebab alhamdulillah kesempatan Allah bagi untuk rasa nikmat Ramadhan al-Mubarak. syukrann. :D
new past
