pointless
Sunday, August 7, 2011, ϟ 0 shout(s)
assalamualaikum semua.
aku nak juga tulis sesuatu walaupun aku tak tahu apa point sebenar.
hari ini alhamdulillah aku dah puasa 2 hari. tak bangga pun tinggal puasa sebab kena bayar balik nanti.
takziah kepada keluarga ayah long. ayah long kembali ke rahmatullah dekat jam 4 hari ke 4 kita puasa. ayah long dah sakit lama dah. dah 14 tahun dia sakit. sakit apa tu, aku tak reti nak describe, kadang kadang kaki dia sakit, kadang tak boleh bangun. duduk rumah je sebab selalu tak larat.
last aku jumpa ayah long, seminggu sebelum bulan puasa. dia nampak sihat, cuma sakit belakang, dan tak dapat tido terlentang macam biasa, so dia tido dalam keadaan duduk. tapi dia still boleh senyum manis dan boleh bercakap. tak macam sebelum tu, dia senyap, muka pun nampak garang.
ayah long selamat dikebumi sebelah kubur tok ayah, belakang rumah nenek aku. semoga dalam bulan Ramadhan ni, bulan yang semua pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup ni, ayah long ditempatkan di kalangan orang orang beriman.
okey tu je cerita ayah long.
oh juga takziah kepada adik kepada mak sedara aku yang eksiden sampai patah 12 tempat. masa aku pergi lawat, aku terkedu dia selamat dan masih boleh bercakap, tak koma, tapi kesian sangat. sebab tak boleh bangun sebab belakang sakit. tulang punggung retak. tangan kanan patah dari bahu ke siku, tangan kiri patah dari siku ke jari. jari ada satu patah. pastu kaki kanan patah peha, kaki kiri dari lutut ke bawah. masuk besi banyak woo! semoga cepat baik ye kak na. oh ya, dia eksiden kereta dengan kereta. yang langgar dia tu bawak kereta 180, test enjin baru okey, dan dia juga agak high sebab pekena 'barang' kot. kesian sangat kak na, jadi mangsa orang bengong tu.
so berhati hati di jalan raya dan janganlah pandu laju sampai 180km/jam. gila kau! agak agaklah kalau yang kena langgar tu sedara kau, baru tahu langit tinggi ke rendah.
sem depan pengajian.
aku ada satu semester lagi di universiti dan satu semester untuk latihan industri. saat kawan kawan dah tahu nak intern kat mana, aku msih lagi blur tak tahu tempat intern. agak pening di situ memandangkan kuartes polis sg siput dah siap. dan kalau aku dapat intern di ipoh, then rumah pindah di sg siput, macam haru jugaklah. so aku dah blur. but hold dulu hal intern, tengok dapat mana baru cari tempat tinggal, in case.
cuti ada beberapa minggu lagi. lepas raya start belajar dah. kena polish otak betul betul ni, dah berkarat masuk angin. ish.
okeylah, semoga segalanya berjalan lancar.
sekian wassalam. :D
p/s: blog kembali seperti yang dulu. yang tak menarik, yang hitam, yang suram. tapi yang disukai! :DD
new past
