mangatar
Saturday, August 20, 2011, ϟ 8 shout(s)
aku tak tahu pun apekejadahnya mangatar ni.
tapi aku happy sebab tanpa plastik segeri pun aku mampu menjadi cantik seperti yang aku inginkan! akhirnya separuh angan angan dapat dilaksanakan.
hai, sayalah cikhanum. eh eh tiba tiba saya sopan. tadi saya rasa nak marah orang. sekarang lepas saya main mangatar dengan main game online, game ape tah, jeli jeli bersambung kot, saya totally okey. tenotlah saya senyum nampak gigi yawr!
okey like seriously tadi aku bengang tahpape tah tadi. bengang sebab ape, dirahsiakan. so aku mencari alternatif lain selain dari marah orang taktentu hala/baling kuali dan pinggan merata/merempit di malam hari/makan hingga obesiti, aku main game jeli jeli. lepas tu tah camana aku jumpa link menatang mangatar ni, aku pun pilih pilih ape yang aku mahu dan taraaaaaaa! aku sudah cantik di alam maya (maya sahaja. realiti kau takkan jumpa aku yg sebegitu flawless!)
kan aku kata angan angan tadi. salah satu angan angan aku adalah pakai spek. aku tengok orang pakai spek ni gojes, cantik, menarik kau memang debum debam. tahpape betul pengaruh cemgitu, duniawi sungguh! aku nak sangat pakai spek dulu, dululah, walaupun aku tahu spek itu menyusahkan dan tanpa spek aku tak mampu nak skodeng lelaki idaman. sekarang tak ye anak anak, insaf dahhh nyah! dulu masa darjah enam, sebab aku gian nak mampus nak sangat sangat pakai spek, sampai aku telah melakukan suatu perbuatan yang agak mangkuk jugaklah. pakai spek atuk aku dengan penuh harapan supaya mata aku rabun. spek beliau pula adalah sejenis spek rabun dekat. see, aku berusaha tangga kejayaan lagi, tapi tak rabun. Tuhan mash sayangkan aku, dia tak bagi apa yang aku nak, tapi dia bagi apa yang aku perlukan. ya anak anak, aku perlukan mata aku yang cantik brown brown ni.
okey angan angan satu lagi yang tercapai tanpa rasa sakit dan fobia bertemu dokter gigi adalah mempunyai gigi putih seperti memakai ubat gigi safi kayu sugi, dan mempunyai gigi rata dan tersusun. hu hu sobs sobs walaupun kata katamu hanya mimpi di siang hari, namum aku bersyukur dengan taringku yang satu, yang kawan kawan kata manis je ni kekeke. tah bila masa depa jilat aku taktahu.
nak jugak ke? nak lettew. lepas ni korang cubalah sendiwi di siniw yew.
sekian selamat malam, selamat fasa ketiga ramadhan, fasa pencarian. :D
p/s: nak gulahati macam ni, full of smile, kening lebat sikit, tade misai tapi ada janggut kambing untuk disimpul, sedap mata memandang, oh pengaruh spek (sy harap dia rabun kekeke). this is boy of my dream yeyeah!
p/s/s: dulu ada patung kertas yang boleh tukar tukar baju tu, apekebenda nama bahasa melayunya. tapi aku panggil 'anok-kang'. sekeping kad akan ada sorang pompuan pakai baju alas je, lepastu disertakan baju baju lain yang kita boleh tukar ganti. ada aksesori jugak tau. mainan anak anak jaman dulu. sekarang takde kot dah, pakai online je.
new past


