gambarajah attention seeker
Monday, August 15, 2011, ϟ 2 shout(s)

ini entri sebelum tidur. agak agak typo, sssshhhhyyyyhhhh. diam diam sudah.

dulu aku suka letak DP kat facebook (FB) aku tu gambar aku. tak kiralah, sorang sorang ke ramai ramai ke. dalam seminggu, ada 2 3 kali aku tukar. alasannya, kalau letak dekat album orang tak tengok. letak kat DP, tukar tukar, mesti orang perasan. oh betapanya dulu aku adalah attention seekers (AS) rupanya =_='

mudah je nak online. maklumlah duduk kat kampus, ada wifi serindit, dalam bilik pun boleh online. so ini telah memudahkan lagi AS seperti aku ak tukar DP. oh DP adalah default picture lah. atau profile picture, pombolehlah.

lepas tu suka sangat, rasa berbunga bunga bila orang drop komen 'eh omeynyew awakkkk' atau 'like'  gambar tu, memang bagi mood boostinglah.

tu dulu. lepas tu lama lama aku rasa kedewasaan aku mula bercambah sedikit demi sedikit ibarat pokok mendapat nur cahaya. aku mulai boleh berfikir yang tindakan aku itu adalah membuang masa dan tak berguna.


aku start berperasaan tak enak ni dah lama, bila aku suka sangat tengok gambar kawan kawan dalam FB friendlist aku yang cantik cantik tu. aku rasa nak tengok lagi, nak tengok lagi. pastu muncullah rasa tak bersyukur dalam diri. kenapa dorang lawa, kenapa aku tak. kenapa dorang nampak sempurna kenapa aku cacat je -_-'. nasiblah dapat dibendung ketagihan tu dengan beristigfar. :)

sapa tak suka tengok perempuan cantik dok? tapi ini bukanlah bermaksud aku lesbo sebab aku pun tengok jugak versi lelaki macho dan hensem. heeeee..

dan terdetik, apakah jika orang lain ada perasaan sama bila tengok gambar aku? ishhhhhhhhh ini taboleyyyyjadi nihhhh. mana boleh kongsi kongsi tengok aku. aku nak laki aku jewwwww tenot aku tawwwwwwwwwwww. isssshhhhhhhhh aku harus lakukan sesuatu! abam ampunkan shayam abam! ampunnnn.....!

*monolog dalaman yang agak melampau.

aku pun delete mana mana gambar aku yang boleh mendatangkan keghairahan melihatnya. pose korek hidung, pegang hidung, kembang hidung, hidung mancung, semua aku delete. pose mulut itik, peace-dua-jari, senyum sampai sempit mata pun aku delete. yang ada dalam profile aku sekarang adalah gambar yang aku rasa reasonable sahaja. yang aku rasa orang akan muntah dan tekan pangkah dekat hujung kanan atas windows.

tapi adalah jugak DP seperti di twitter, google account, dalam blog yang aku guna gambar aku, di skype, tumblr, friendster, tagged, hi5, yahoo messenger, (hoi banyaknye laman so-sial maya aku rupanya!), sikit jelah aku letak, bukan takde langsung. tak cantik pun. tu aku letak. bagi aku FB lagi mudah orang nak access gambar gambar kita tu.right click, save. hoi mudah bukan?

itu pendapat aku. dalam blog ni berlambak aje gambar tapi mak tak larat nyah nak delete satu satu sebab nak godek semua entri perlukan pepsikola di sebelah ketika terik mentari. aku tak penyabar yawr untuk buat begitu.

tapi aku takdelah cakap salah jikalau orang orang yang letak gambar bagai dekat laman so-sial mereka, kerana 'kecantikan adalah hak milik setiap insan' kan? (dr becky m. leogardo, 1994)

aku try untuk improve semua benda remeh itu. sungguh. jika ada kesalahan di sini, bagitahu ehhhh.


p/s: playing-Januari,GlennFredly(lagu cinta munyet sekulah dulu dulu eiuw)


new past