salam nuzul quran | header | twitter
Wednesday, August 17, 2011, ϟ 7 shout(s)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. jamaahhhhhhhhh....... oooooohhh jamaahhhhhhh.......


selamat pagi selamat menyambut nuzul quran hari ini. dah 17 Ramadhan dah sebenarnya kita. Alhamdulillah.


17 Ramadhan. Nuzul Quran.
hari ni cuti peristiwa nuzul quran. ape itu nuzul quran murid murid? peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama, pada malam jumaat 17 Ramadhan tahun ke 41 keputeraan Baginda, yakni lima ayat pertama surah al-Alaq dari Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibrail. *rindu pulakk zaman sekolah, belajar pendidikan islam dulu =_='.




nuzul tu sendiri membawa maksud 'turun atau berpindah dari atas ke bawah'. simboliknya dengan dari Allah kepada nabi Muhammad s.a.w.


okey cukuplah briefing setakat di situ. korang mesti dah tahu apa tu nuzul quran, ye dak? tak tahu, sekeh pala kangg. T__T


dah, sebenarnya entri ini adalah untuk menyatakan bahawasanya aku telah beralih arah angin kepada blog berheader. kalau template lama banyak sangat keterbatasan nak mengedit, aku tukar template baru, buleh mak bubuh kepala kat blog mak ni ha nyah. amacam comei idok kelapa muda tu? kalau tak puasa tu mak ngap dah sebijik ayaq kelapa sejuk nohh. *okey dah rasa tatabahasa sangat pelik*


bukan blog aje baru, twitter pun 'tak sengaja' buat baru. highlight di situ, TAK SENGAJA. dear follower sekalian, mahappp lah. terlajak perahu boleh reverse, terlajak deactivate, padan muka. AMARAN: deactivate twitter tak sama macam fb, forever gone. menyesal, aku menyesal! tampaq pipi sendiri! =_='


memang padan mukalah. tapi takpalah. tukar angin lintang pulak, asyik asyik angin sepoi sepoi bahasa je. bagus jugak, asek duk follow tweet mengarut je, retiss lah, orang femes lah. orang pandang aku pun sekadar di pinggiran aje. =_='


feel free to follow me back @cik_hanum / rasa percuma untuk ikut saya belakang @cik_hanum =_='


sekianlah dulu entri ringkas, padat, dan berkualiti dari aku yang tiga suku empat ela ni. babai zass.




p/s: bangun sahur mengejut, pelapik dapur terbakar tersambar api masa tengah goreng ikan. mujurlah ummi (bomba segera/perwirawati/supermak) simbah air kat dapur tu secara refleksnya. hasilnya, dapur cantik, ikan separuh masak.
p/s/s: semoga twitter baru telah mengurangkan bahan bukti kutuk orang secara terbuka. sungguh kurasa sucinya kudusku dengan penjenamaan baru twitter. mulai hari ini aku nak belajar lebih bersupan-santon. :D






new past