aku dan hasil tangan
Monday, August 22, 2011, ϟ 6 shout(s)
assalamualaikum peoples. :D
aku nak tido dah sebenarnya ni hajat di hati. gigi dah putih bersih, muka dah basuh, taik mata dah buang siap. tetiba teruja pulak nak online sebab dah lelap seround dah siap meleleh airliur basi beberapa saat tadi. *ayat aku serupa keling, maaf =_='
tadi siang satu keluarga pakcik aku yang duk taiping datang, dorang baru balik dari key-el, ambik sang sepupu dan barang barangnya. FYI, sepupu aku tu pergi kursus bahasa jordan kot. eh, mestilah bahasa jordan kan kalau nak pegi jordan. haha. lepas raya dia fly lah. dia buat gigi. oh maksud aku bahagian dentist lah. hebakkk kan?
walaubagaimanapun hatta aku dengki dia pergi ober-the-sea, aku taklah protes cakap dengan dia jordan tu tak best bla bla bla. doakan kehidupan terbaik untuk dia okey?
oleh kerana mereka sekeluarga termasuk nenek aku ada sekali nak berbuka sama sama, maka ummi aku the very eksaited person lah. mestilah meriah berbuka ramai ramai kan. masak macam macam. yang penting budu adalah barang wajib.
since ummi incharge bahagian main course, aku mestilah incharge bahagian remeh temeh seperti menguli kuih buah melaka dan mengetuai pasukan buat apam polka dot. ya tuan tuan, apam polka dot.
tu yang aku nak cerita sebenarnya, pasal apam. nak berkongsi resepi je di entri kali ini. maaplah intro over beberapa perenggan dan harakat. ni second time lah aku buat apam ni. nak buat sebab dia comel. nak kata sebab nak makan tu, tak sangatlah sebab kat rumah ni adik adik yang macam pengangkut sampah punya selera makan tu tak balik. dia kalau bab makan, meriah. licin. seronok! ni buat sebab family pakcik datang. so takdelah membazir kalau buat, boleh tapaukan untuk dorang bawak balik. :)
masa first time buat hari tu, aku buat sorang sorang. buat manual, pukul telur pun dengan blender. sebatikan dengan segala bahan pun pakai tangan je. dan, takde letak filling/inti pun ye anak anak. sungguh enak dimakan begitu sahaja. lemak lemak rasanya. :D
yang second ni, pakai mesin. adunan pun cantik sikit sebab elok je rata. tapi tak buat sorang sorang sebab ramai sangat pembantu. err penyebok pun boleh jugak. tukang nak letak filling lah, nak lukis corak atas apam tu lah. haha comel je.
takde lah dot dot sangat bila dah masak. dah macam corak bunga atas baju batik dah aku tengok. yang ni yang first masuk pengukus. masih cantik. untuk adunan seterusnya, taknak tunjuk sebab corak atas bukan lagi dot dot bila budak 7 tahun dan budak 5 tahun masuk campur. siap mengamuk lagi tu. dot dot jadi lambang transformers, gambar ikan, reben, bunga, smiley dan macam macam lagi lah.
okey aku terus ke resepi lah ek. kalau teruskan bercerita korang tersengguk pulak nanti. har har har ada aku kisah?
Apam Polka Dush
bahan bahan:
3 bijik telur dibasuh (gred telur sukahati)
1 cawan gula kisar
3/4 cawan susu sejat/susu cair/susu segar/bancuhan susu tepung
1 sudu kecil ovalette
1 sudu esen vanilla
2 1/2 cawan tepung gandum diayak halus
3 sudu kecil baking powder
perwarna sesukahati
filling sesukahati nak letak ke tak
cara cara:
kacau/pukul/hentam telur sampai kembang. nak cantik, boleh tapis. aku malas, aku tak tapis pun. bukan wajib tapis. hasil malas nak tapis, berbuih sikit teksturnya seperti gambar di atas.
tambah gula, susu, ovalette, esen vanilla. ovalette tu liat sikit nak hancur kalau pukul pakai tangan. kalau pakai mesin, dengan bahagianya ovalette tu mesra dengan adunan.
tambah tepung, baking powder. sebatikan. tanak ketul ketul, kang tak cantik
lepas siap, kalau nak banyak kaler, asingkan beberapa bahagian. aku buat biru dan pink, so aku asingkan kepada 2 bahagian.
masukkan dalam acuan (atau nak pakai paper cup, terpulanglah. aku pakai acuan lompang tu je) sebanyak separuh, letak filling, then letak sampai 3/4 acuan. kalau taknak letak filling, boleh terus straight away letak adunan sampai 3/4 acuan. aku letak filling mentega kacang dengan choki choki je. rembat mana yang ada kat rumah.
oh tips untuk filling ya anak anak. jangan letak banyak sangat, takut dia mendap dan tembus kat bawah. letak sikit sikit je buat syarat. sekiranya korang berdegil nak letak banyak, letaklah. lain orang lain caranya.
buat dot dot atau corak yang di sukai. aku pernah buat corak spender. cantik. haha.
then kukus selama 15 minit atau agaklah sendiri benda tu masak ke tak. kembang tu maknanya masaklah. cucuk dengan garfu kalau nak tahu nasak ke tak. kalau still melekat dekat garfu, maknanya tak masak lagi. make sura API KECIL. kalau api besar, merekah mekar kembanglah apam korang tu. kukusan tu panaskan awal awal ye.
itulah cara campak campak versi aku. makcik siap mintak resepi lagi tadi, katanya nak buat esok. sepupu aku 7 tahun tu, angkut satu pinggan untuk berbuka. haha. nafsu eksaited budak budak.
oh ye, aku kan guna acuan lompang, dapatlah dalam 47 bijik lebih kurang.
oh ye, aku kan guna acuan lompang, dapatlah dalam 47 bijik lebih kurang.
okelah. nak tidur sekarang. zzzz. apa apa pertanyaan, call. sebarang email, sms, tweet tidak dilayan. oke tengs bai. selamat malam. assalamualaikum merebetehei :DD
new past

