wayang
Sunday, July 10, 2011, ϟ 2 shout(s)



(entri ini bertaip pada 1/7/2011 dan banyak menggunakan ejaan shortform. harap maaf)

since skrg tgh in cite transformers 3 dan beberapa orang sahabat handai dah tengok, aku diselubungi dgn mood sungguh benci dan dengki. ngiahahaha. ceit!

sesungguhnya, aku bukanlah kaki movie atau kaki wayang. pertama kali jejok kaki ke panggung pun pada usia lebih kurang 17 tahun plus minus. masa tu belaja kat matrikulasi pahang.

dah lah first time, masuk panggung dengan baju kurung. haha okey what?

aku rasa ada simpan lagi kot tiket 1st wayang. hape ke tajuknye, jap jap pikir. ha SPIDERWICK CHRONICLES. tgk dekat megamall kuantan. cerita yang agak kekanak-kanakan sesuai dgn aku yang manja eiuw eiuw.

aku pergi berjemaah dgn kawan kawan aku. bukan dengan skandal atau pakwe. oleh kerana hari tu sangatlah kebetulan, kami nak outing takleh pakai seluar, maka pakai baju kurung berjemaahlah. hohoh. ustaz halau dowh suruh tukar baju.

pest taim tgk, mestilah efek terkejut kejut tu ada kan. sentap bila makhluk comel meng-rawr-kan aku. *sambil mengurut urut dada, cakap terkejut*

itu yang pertamakali aku bercinta dgn panggung wayang.

yang kedua, aku pergi tengok cite the day the earth stood still. tgk dekat jitra mall sebab tu je panggung paling dekat dengan sintok. tengok sebab ada keanu reeves hidung mancung mata sepet. best la jugak cite ni, nak nak part robot besar tu. masa ni sem 1 kot. usia setahun jagung lagi. pergi dgn kawan kawan yang berusia 3 4 tahun lagi dewaso dari aku. exrumate aku dan coursemate beliau.

kali ketiga, tak silap lah, aku pegi dgn boifren pertama aku. ha yelah, yang kali ketiga keempat kelima aku tgk dgn dia. dia la tukang teman aku.

ada one day tu, kami dating. aku juga berbaju kurung time tu. dan masa tu aku menggelupur nak tengok alice and the wonderland. masa ni tengok kat alor star mall. ada johnny deep! JD punya pasal, lepas makan kepsi, dia temanlah aku tengok alice. then dalam perjalanan pulang, dah petang, dia nak tgk pulak remp-it v3 samseng jalanan. well you noe, youngsters. minat motor. then aku ikutkan je, buat teman dia pulak. so singgahlah dekat jitra mall since dah otw balik sintok kan. hah hamek kau, tgk cite sambil tutup mata.

pasal apa? pasal ada scene darah darah, eksiden eksiden. hak hak haktuih. padahal mood dating, mesti tunjuk sifat keperempuanan tu kan. haha. igt pulak dia asek tanya aku, 'awak okey tak' sepanjang cite tu. haha. siap offer sweater dia lagi kunun takut aku sejuk. see? nice one. *mmg sejuk pon, coolkan je muka tanak sweater, haha*

movie kelima aku tengok magika. ni pun tgk kat jitra mall jugak. kelakar. comel. boifren aku gelak pun comel acecey. gelak tak hingat dia tu. haha oppsss. masa ni date last minit. so tgk yg malam punya. dah kesian, malam ni juaklah kami kena saman sebab takde lesen kete. bermahkamah jugak kami. haha.

last movie yg aku tgk kalau tak silap lah, dengan kawan aku fyfy. cite hikayat merong mahawangsa. since kitorang je yang menggelupur nak tgk, maka di suatu petang lepas hantar kawan naik bus, kami berdua pun naik bus sekali, naik HBR. gigih dari changlun ke jitra oouhh!

sampai jitra, hujan renyai manja. namun kami gagahkan jua tgk hmm tu. tiket jam 4, kami sampai jam 2. tu pun dapat seat paling depan. sebab full. hari kedua cite tu keluar kami pegi, memang nasiblah terlenggok. sakit kepala haku. tapi enjoy! sebab date dgn fyfy sambil makan eskrim tepi eskelator. haha hiyark.

eh, tak last lagi. lupa lagi satu cite pegi tgk. fast and furious 5 la cite last aku tgk. haha. ni pegi dengan dua org budak kembor ain dan ana. dorang bab berjalan, aku org yg dia ajak. aku pun apelagi, dengan muka tak malu lah ikut. haha. cite ni best. eksiden ada, tapi eksiden yang hebat. means, action dia superb. takdelah scene darah banyak sgt. yang penting, van diesel kacak oh!

see, tak sampai sepuluh kali lagi masuk panggung. takpe lepas ni ada rezeki, aku pegilah. hohoh.

aku takdelah frust menonggeng kalau tak dapat tengok cite best mcm transformers 3 tu. tak kisah pun sebenarnya. menggelupur kalau takde kesempatan dan kelapangan dan duit, hapa pun tak boleh la kan.

nevermind. small matter je.

okey, sekarang dah tak dengki kat uols. nak pegi beli dvd rm5 kat pasarmalam tanda sokongan kat industri cetak rompak.

dah :)


*nak bumbleebee atas dulang hantaran*

new past