tak tahu nak tajukkan apa.
Wednesday, July 6, 2011, ϟ 0 shout(s)

nilaian RM 50 pada zaman sekarang, adalah sangat kecik. sangat tidak cukup untuk seminggu. untuk mereka yang tinggal di kawasan bandar.

ya, money is not everything, but everythings needs money. kau nak makan pun pakai duit. nak masuk jamban pun berbayar. what else? surat khabar lama pun orang jual, sebab nak duit. duit tu benda wajib.

nak topup pun pakai duit. kalau tak, tak dapatlah kontek kontek. malulah kan pakai telefon canggih tapi takde keredit, ye dak?

aku tak berada dalam fasa kena bagi anak makan lagi. tak jugak dalam fasa kena bagi kereta makan. oh maksudnya isi minyak kereta. aku masih student, yang tak kerja dan sedang meminjam. ertikata lain berhutang. aku juga bukan orang senang tapi taklah susah sampai tak cukup makan. alhamdulillah.

entahlah.

sebagai student 4 tahun pengajian, tak kerja langsung dan ni lah satu satunya sumber duit, total hutang aku adalah RM 26,000. duapuluhenamribu. banyak tak? aku dapat per sem around dua ribulah lepas tolak yuran segala. sehari hari aku makan dua kali, tengah hari dan malam. sekali makan lima ringgit lebih kurang. dua kali, dah sepuluh ringgit. kalau beli jajan ke air peneman study ke, lagi bertambah kos. tak masuk lagi goods keperluan macam sabun basuh, toiletries, buku, stationary lagi. juga nak tampung nafsu shopping nafsu berjalan lagi.

mengeluh.

tiap kali hujung sem, mesti tebal muka, buat muka tak malu mintak duit dengan ummi abah. kalau ummi abah tak kerja, padan muka aku kan. syukur ya tuhan, aku punyai ibu bapa yang masih berkerja. malu muka beb mintak mintak.

sekarang aku cuti. sepanjang dua bulan duduk rumah ni, susah sangat nak tengok abah ummi bebelanja untuk diri sendiri. nak beli baju pun fikir banyak kali. sedih ouh. abah salu cakap, takpelah, banyak benda lagi nak kena settle ni. bil-bil semua, bayar kereta, sewa rumah, barang dapur, minyak kereta. ohh. yang part anak anak empat orang ni, toksah cakap lah. tiap tiap bulan ada simpanan untuk kami adik beradik.

kalau balik kampung, lagi banyak pakai duit. minyak kereta comfemlah. duit makan, duit nak bagi dekat atuk nenek. sekurang kurangnya sikit pun kena bagi jugak. beli barang dapur dorang lagi. kalau ada lain lain keperluan, contoh, lampu rosak, mentol terbakar, mesti pakai duit beli baru kan?

sebak pulak.

kenapa aku tak kerja je cuti ni?

aku nak keje beb. nak. tapi aku cuma rasa yang ummi berat nak lepaskan anak dia ni keje. hoho. aku dapat interview 7eleven hari tu, tapi sampai sekarang dorang tak kontek aku. agaknya aku memang kena duk rumah je kot cuti ni. takpelah. aku tak kisah. atlis aku boleh tolong apa apa yang aku reti kat rumah ni. bila lagi nak lepak, since form 1 sampai sekarang aku belajar kat asrama. so bila aku batak kerja dapur, tak pandai masak, masa ni aku boleh belajar adapt sikit sikit kan.

boleh jugak aku tolong pick up adik aku dari kindergarden jam 12. masak nasi tengahari. basuh lipat baju. sapu sapu lantai. what a life, kan? 4 bulan ni aku tak keluar hangout dengan gegels. tak shopping. tak tengok wayang. tak beli tudung. tak sewa kereta. tak naik bas. kalau tak ikut pegi pasar malam, atau pegi kedai beli barang dapur atau pegi amik adik dekat tadika, memang aku tak jejak tanahlah. cuma buat aktiviti keluarga je. so poket aku kosong, kalau ummi bagi duit poket, adalah. kalau takde, aku tak mintak pun. duit tulah aku mentopup, belanja adik aku aiskrim. nak beli baju segala, tunggu offer je. kekeke.

okelah. dah azan. tu je nak story story. jom solat. bye! :)

dah.

new past