mencamtaek | alat-bantu-cantik
Sunday, July 17, 2011, ϟ 0 shout(s)

24 june 2011
*mood-suka tengok perempuan cantik*



actually aku dah nak tido ni. biasalah aku akan cek dashboard dulu before tido.

okey latest post, ada satu blogger ni, femes, jual tudung dan pandai mekap. beliau ni boleh tahan cantik la kot. dan dia post video tutorial mekap.

aku tunggulah video tu buffering. 8 minutes clip video. harap berbaloilah kunun.

video dia tak best macam aku jangka. aku ingat minat ke arah conteng-muka-dengan-warna-tahpape tu akan bercambah dengan bantuan video cemgini. salah. nampaknya usaha blogger tu tak berjaya pada aku.

tak tahulah gadis gadis lain kan.

tiga kali aku play untuk tengok step dia dan apekebende yang dia cakap. hohoh. the very tak clear dan volume aku dah kuatkan 101% dahhh.

okey, aku review step dan barang dia pakai.

1. foundation jenis pebende tah, tak dengar. sapu pakai span yang murah yang dibeli dekat mydin ataupun stendet sikit, beli lah dekat guardian. cover bahagian yang penting seperti jerawat dan parut agar sekata dengan kulit.
2. concealer, elianto. tenyeh tenyeh bawah mata, berfungsi tutup eyebag dan mata panda.
3. powder, pixy. macam brand aku punye.
4. base untuk mata, kaler hitam (base tu tapak eh? tah, tak paham).
5. dia colek sesuatu kaler gold, eyeshadow kot. then sapu atas base kaler hitam tadi.
6. kaler white, untuk highlight bawah kening. kasi dramatik sikit.
7. celak. pakai bahagian atas dan bawah mata. hujung mata kasi tajam macam india punya style.
8. nak smartkan celak td, pakai brush kecik (??)
9. kening pulak, celakkan sikit. (siyes hodoh kening asal dia, bekas kena cukur).
10. maskara. sambil luaskan bijik mata depan laptop.
11. shading. memek muka, moncong tapir.
12. hidung nak kasi ilusi mancung.
13. atas batang hidung, letak kaler putih.
14. blusher, pink kaler (memek muka sengeh sengeh sebab nak tulang pipi naik).
15. lip liner. bagi align bibir supaya tak senget dan mungil.
16. lipstik, kaler natural.
17. lipgloss. yang mencemuihkan bibiaq dan berberus bulu-bulu-geli-di-bibir tu
18. terkedik kedik (?) depan laptop. 'so ini hasilnya, korang boleh cubalah. selamat mencubeeeee' (lambai tangan ala ala ratu cantik).

okey itu review video. ini review suara hati aku.

aku taklah buta kosmetik since dari zaman sekolah menengah lagi majalah feveret aku adalah remaja, mingguan wanita (majalah ni paling murah, RM3.30 je), utopia, gempakstarz, galaxy, dan buku kawan. dalam majalah remaja berlambak tunjuk alat-bantu-cantik ni. so aku tahulah macam mana rupa foundation, concealer, dan maskara. takdelah bengap sangat barang mekap, cuma nak pakai tu, takde nafsulah.

ko tengok, 18 step. 18!. sikit punya banyak step nak lawa cemgitu? hohoh. ampun dan maaflah. pemalas macam aku takdelah nak begitu. paling lawa pun, pegi dinner, letak celak dengan maskara. tepek bedak sikit, lipbalm, siap. lipbalm pun kadang aku sapu balik lepas pakai. dasar membazir. hohoh. mau menangis kalau kena paksa pakai eyeshadow blink blink segala tu.

bukan aku tak mau nampak macam depa, cantik bergaya.

cuma bukan type aku nak begitu bagai. currently aku tengok kawan pakai eyeliner liquid punya. cantik. aku beli la satu. cantik. pakai sekali. cantik. leceh. babai. takpakai kalau tak penting. leceh. comot.

aku mengaku bahawa tak pandai pakai benda tu semua. masa pun tak cukup nak pakai benda tu. nak nak kalau nak pergi kelas. bangun 30 minit sebelum kelas. mandi dah spend 18 minit. baki nak pakai baju, pakai tudung dan tunggu bas ada 12 minit. hado maso? nan hado.

i wonder how they manage the time. maybe dorang bangun subuh tak tido tido dah. aku? selagi ada waktu, selagi ada rindu kat bantal, aku perjuangkan tido aku. okey dah kantoi ketak'solehah'an aku.

takpayah la terikut sangat. dia mungkin cantik pakai begitu. benda ni base pada muka orang jugak. kalau naturally cantik, add-on sikit alat bantuan tu, jadi makin cantik. kalau dah tak cantik (macam aku) calitlah apekebende pun, tak jadi. so ukur baju di badan sendiri.

duit pun terbang semata mata nak cantik. ko ingat benda tu murah? mahal doe. mahal! brand bagus semua mahal. cap siam je murah dua singgit. pakai cap siam diragui jugak, kot la depa letak lemak tenggiling ke dalam eyeshadow tu. boleh berkurap muka yang naturally looks so dewy and flawless ber-jerawat macam muka aku ni.

pengaruh media cetak. majalah. dalam majalah semua nak lawa. nak jual. nak suruh orang beli majalah tu, market, mesti nak cantik.

cemuihlah pakai benda tu semua. hohohoi. *except for hari bahagia dan hari menjadi raja sehari, yang pasti aku akan sedaya upaya elakkan mak andam bapok dan nyah* :D

*diam dan menguap*

itu saja dari aku. tengok video maria elena lagi best walaupun tudung nak style pelik pelik je kan.



ni pendapat aku lah. sebarang bantahan atau rasa marah dan tak puas hati boleh ajukan kepada pihak indah water. aku tak bertanggungjawab since aku memang bukan penggemar benda benda cemgini.


dah.





*nak tukar hobi baca majalah hiburan dan majalah melawa kepada majalah makanan dan majalah keibuan*




new past