kenal
Thursday, July 14, 2011, ϟ 0 shout(s)


Hai, jumpa lagi. Kali ini nak share sikit apa yang terbuku di hati. Cewah, bukan terbuku sangat pun, tapi lebih kurang sedikit tips lah kot dalam sebuah perhubungan. Ni sebab pengaruh drama kuat sangat lah ni.

Okey, aku tahu semua pernah jatuh cinta selain jatuh katil atau jatuh tergolek semasa berlari main kejar kejar masa childhood korang kan. Rata rata orang jatuh cinta masa sekolah. Tak kisahlah cinta monyet ke, cinta baru mumayyiz ke, cinta juga lettew.

Actually, tak kisahlah dengan sape kau nak bercinta pun . tapi pilihlah orang yang tepat. Maksud tepat kali ni bukanlah 100% romantik. Atau 100% alim. Be balanced. Maksud aku adalah pilih orang yang semua orang kenal, kawan kawan kenal, family kenal, jika ingin serius dalam perhubungan dan jika kau berkira kira nak buat pelaburan terhadap dia.

Macam susah je ayat aku. Okey aku pakai contoh boleh?

Kalau setakat nak bercinta pakai air liur, modal sms, takpe. Kalau dia tipu kau, kau hanya rugi pelaburan topup dan rasa sakit hati.

Kalau bercinta tahap bagi pinjam RM10 sebab dia kopak, PTPTN habis dah dan hari ni tak makan lagi, kalau dia tipu kau, kau rugi RM10 jelah.

But if, if la kan, cuba fikirlah, kalau hanya kau kenal dia *dia tu kekasih kau tu*, kawan kawan kau tak kenal pun dengan sape kau bercinta, family pun tak tahu dengan sape anak dia bercinta,  then one day dia nak pinjam duit kau dalam amaun yang banyak, then kau bagi sebab sayang, then dia tipu kau dengan bawak lari duit tu, kau nak cakap apa weh? Duit melepas, cinta melayang. Lagi parah kalau takde bukti nak dakwa dia. Nak mengadu kat sapa? Kalau ada orang kenal dia, senang sikit kau nak belasah dia nanti. Dia pun takleh lari jauh.

Aku sayang duit selagi dia tak jadi laki aku woi.

Aku ambil pengajaran dari kes ni, bercinta dengan orang yang kita dan kawan kawan kita kenal. Kalau tak kenal, kenal kenalkanlah. Kalau betul nak bercinta, tak payah nak sorok sangat. Dan yang paling penting, tak nak lah belakangkan keluarga. Bercinta berani, takkan nak bagitahu abah ummi tak berani kot? *whoa aku mencabar diri sendiri ni!*.

Semakin dewasa kita, semakin matang fikiran kita. Semakin banyak benda yang akan kita fikirkan. Adios amigos.

Dah.

(entri ditulis lepas aku layan jam terakhir cerekarama ‘dia bukan ibuku’) 


new past