kau
Tuesday, July 12, 2011, ϟ 0 shout(s)

aku masih berpeluang mendengar bisik suara itu. gelak ketawa. riak gembira. terima kasih kerana aku boleh mengurut dada dan tersenyum tatkala patah patah bicara beralun di telinga.

suara itu sangat halus, benar mendera hati ini. aku ingin waktu berhenti seketika. aku mahu suara itu masih ada bersama aku. menemani hari hariku. aku rindu, mungkin.

namun aku tetap akan biarkan kau pergi..




untuk hari ini. aku tidak pasti. aku pernah berkata cinta boleh dipupuk. tapi aku tidak mahu memupuknya lagi. aku mahu terus kuat sahaja untuk melihat senyuman itu. 

untuk hari esok, aku tidak tahu. tuhan mengatur segalanya. aku umpama biji catur, membuat perhitungan terbaik sahaja.

terima kasih untuk beberapa purnama, kau telah mengingatkan aku tentang diri kau, siapa kau. dan aku tahu ia telah berakhir. dan kita punya jalan baru untuk di hala. untuk dituju.

separuh hati aku yang telah dipulangkan ini, aku mahu lelong. siapa sudi?

kiranya untuk menjanjikan kesempurnaan, aku tidak mampu. aku serik untuk berjanji, aku tak mahu mati dengan janji. aku pinta, kasihkan diri aku dengan apa adanya aku sahaja. 

terima kasih sekali lagi.




_______________________________________

hari ini dadaku bergetar terguncang memilu dan mengerang
ku yakin ku tak salah karna hatiku tak pernah dan takkan berdusta

esoknya ku fikir rasa itu akan menghilang dengan seiring waktu
namun ternyata tak berubah aku makin tergiur pada dirimu

dan seterusnya rasa ini selalu terjadi dan tak pernah berkurang
hatiku hanya untuk dirimu
aku bahagia hanya bila kamu bahagia
_______________________________________
*hari ini, esok dan seterusnya - nirina zubir





new past