adakalanya aku perlu bermimpi untuk gembira
Tuesday, July 5, 2011, ϟ 0 shout(s)
aku mahu lari dari hiruk pikuk manusia. aku mahu duduk di suatu tempat, jauh dari semua. aku mahu fikiran yang kosong yang tidak memikirkan apa apa selain hati yang gembira. aku mahu menghirup udara segar ditemani cahaya matahari pagi. aku mahu bergelak ketawa dan bercanda mesra. aku mahu semuanya yang tidak indah cepat hilang.
___________________
aku memikirkan aku berjalan diatas rumput, ber-embun, tanpa sepatu. berkaki ayam.
aku memikirkan aku melihat wajah suci kanak kanak tersenyum.
aku memikirkan aku melihat wajah kekasih, tersenyum juga ke arahku, dengan penuh makna 'aku cinta padamu'.
aku memikirkan aku memerhatikan sang ibu burung mendedakkan anak anaknya di sarang.
aku memikirkan air terjun dan percikannya di muka.
aku memikirkan aku melabuhkan tubuh di air cetek sungai jernih yang mengalir lembut.
aku memikirkan aku terbaring di padang hijau sambil melihat awan dalam hujan.
aku memikirkan sejuk iced lemon tea yang segar lalu di tekak hausku.
aku memikirkan gigi pantai dan skirt kembang dan berlari girang mengira alunan ombak.
aku memikirkan aku sedang memegang aiskrim dan menjilatnya.
indah.
aku memikirkan nyanyian hebat di bilik mandi.
aku memikirkan tarian diiringi lagu kegemaranku.
aku memikirkan aku sedang menonton wayang cinta bersama kekasihku.
dan juga menari bersamanya.
aku memikirkan aku melihat sekumpulan burung pulang ke sarang pada senja.
aku memikirkan bunga berkembang dengan sejuk pagi.
tersenyum.
aku memikirkan gembira melihat tanda ' sale' di gedung beli belah.
aku memikirkan makanan kegemaranku.
aku memikirkan aku sedang bangun dari tidur dan masih ada sisa 10 minit untukku sambung sang mimpi.
aku memikirkan pelukan seseorang yang aku cintai.
aku memikirkan aku sedang memasak untuk suami.
aku memikirkan kami mendengar lagu kegemaran di dalam kereta, sewaktu perjalanan ke tempat kerja, dengan tangan erat di genggam.
aku memikirkan untuk membuat orang lain tersenyum.
aku memikirkan untuk membuat orang lain gembira dengan menolong mereka.
aku memikirkan seuah perbualan panjang dengan kawan baik.
___________________
jika imaginasi mampu bantu aku untuk terus senyum, aku akan terus berimaginasi. bermimpi untuk menjadi bahagia, sekurang kurangnya.
sekarang, mari senyum bersama aku sayang.
new past
