semangat yang terbakar
Sunday, June 12, 2011, ϟ 2 shout(s)



insomniah lagi.

okey aku hanya ada encik blogku si silent bf ni sahaja bila aku perlukan sesuatu pada jam 3. so here i am. :)

bila kita nak buat something yang tak pernah kita buat, dan kita ragu ragu, kita cuma perlukan sedikit kata kata semangat dari orang yang kita rasa spesel dan lain sikit dari orang lain yang kita kenal. spesel tu bukan lah kata kita minat eiuw eiuw dengan dia atau jatuh cinta bagai. tapi yang boleh buat kita senyum setiap hari. aku ramai kawan yang spesel di hati ini cewah. haha. okey balik tajuk asal, means, kalau nak buat sesuatu contohnyelah kan, macam aku first time nak try masak something, dah google resepi, belek buku resepi sampai rabak, then aku still lagi tak yakin dengan diri aku. so, bila aku tanya orang tu, then orang tu cakap 'boleh punya, first time memang lah, next time boleh improve. belajar masak rajin rajin ea.', ha terus boosting semangat aku. poyos. ;B

semangat tu buat kita rasa ada yang sokong kita, support kita dan hold the heart firmly, buat kita relax dan cool dan tenang gittuw. ouch!

semangat itu yang kita cari, semangat yang mengerakkan abdomen badan dan buat sesuatu. bukan semangat takat sengih sengih baca sms dan tak buat apa apa pun hingga tak menghasilkan apa apa pun. huh.

dah, ni bukan entri pakwemakwe. ni entri buat seseorang itu yang aku boleh percaya dan berkongsi perihal ape ape aje dan seseorang yang boleh gaduh dengan aku sampai dia kalah dan mengalah. haha aku memang suka kawan begini.

moral, mintaklah semangat tu dengan orang yang betul, kompem dia bagi, semangat bukan mahal pun. as simple as one short message only to boost you.

thanks beb :)


hambik ni, sedekah senyum seindah suria sikit ye untuk orang itu dan orang orang sekalian. amacam, aku ni sweet macam air teh pahit-sebab-rendam-lama tak??

haha. *gelak sengsorang, gelenggeleng kepala*

dah.




new past