puding karamel dan sebuah pengalaman
Friday, June 10, 2011, ϟ 0 shout(s)
helo semuaorang. err assalamualaikum
entri pendek je ni. (entri semangat keperempuanan)
di petang yang indah 10/6/2011, aku memandai google resepi memandangkan aku dah gigil sangat nak buat dessert. duk belek majalah saji lah, duk google makanan lah. niat asal nak buat triffle, tah camane ntah, pegi cari kek, takde. koman punya kedailah kat sini. cari kek gulung, takde. nak ganti pakai kek cokelat, cari kek cokelat yang samudra tu, tak ade. wth memenatkan aku. so memandangkan bahan bahan yang ada untuk berdessert ni hanyalah bahan basic sahaja, so aku google resepi yang boleh guna benda basic ni. nak buat puding roti, loyang pulak alamak, tertinggal umah nenek aku time balik kampung hari tu. so segigihnya aku google dan taraaaaa, puding karamel.
takpernah pun buat sebelum ni dan takpernah pun tengok ummi buat. so gagahkan diri jugak. dah la guna blender pukul telur, kembang berbuih jadinya dek perasaan tak sabar itu. cane nak buat, korang google lah yep. okey lepas campur gaul ikut step step yang sepatutnyalah, rasa dulu, macam cukup dah. then masukkan dalam casserole kaca sebab loyang takde. bayangkan tebal dia mak haih. macam ambik seminggu nak masak. takpe, gigihkan jugak. letak dalam pengukus dan tunggu.
tunggu, jenguk, tunggu, jenguk. dalam hati berkata bila lah oi puding ni nak masak. cucuk dgn gerpu, bawah pulak cair. atas toksah cakaplah hudusnye, dah kau pakai blender tadi, mahu tak banyak buih. tu dah tapis tu. kalau tak tapis, boleh jadi rupa lava gunung berapi yang nak meletuslah nanti. melimpah ruah. aku dah start cuak cuak cuak. tak sabor nak tengok ummi gelakkan masterpiece aku.
ummi balik. lepak luar. okey aku tunggu. dengar bunyi tapak kaki ummi, aku pun keluar bilik. cakap dengan ummi, tengoklah apa atas dapur tu. ummi bukak penutup pengukus tu. muka dah pelik. ape ni ummi tanya. ha bila ummi tanya ape ni, memang puding aku tu rupa dia tak mengikut skala standardlah tu. last last, ummi rasa, tawar. aku rasa, memang tawar bagai.
okey ummi best. dia gelak bila aku gelak je. dia tak cakap tak sedap. dia ajar aku cara modified bagi lagi sedap. see, ummi best! tak marah pun anak dia bazirkan 4 bijik telur dengan gas dapur dia beb. lega aku.
okey tu ceritanya. aku gelojoh dan tak tahu yang membuat percubaan pertama.
moral dia pendek je. jangan malu mencuba sebab bila kali pertama tak jadi, kita belajar untuk buat yang terbaik kali kedua, kan? pengalaman dow, mahal tu. haa. jangan memain.
taknak letak gambar karamel tak jadi, malu.
nanti jadi, baru kepoh. tak jadi pun kepoh, jadi mesti lagi kepoh.haha.
dah.
new past
