next top love.
Monday, June 13, 2011, ϟ 0 shout(s)


hai peeps. apekabo mengkome semua? sihat sejahtera? rindu awok dop? rindu? patotla bulu mata awok banyak gugur . botak mate awok. ngiahaha.

baiklah. sekarang bukan nak cakap pasal rindu atau pasal bulu. sekarang aku nak cakap pasal memberi peluang kedua kepada diri selepas yang pertama tak menjadi.

tapi nak tegaskan dulu sebab mak takut ada yang sentap, maaf, saya bukan membuka kisah kita, saya hanya menjadikannya pelajaran buat diri saya. bukan menyalahkan diri awak atau saya sendiri. titik. 

kini ku sesali
nyata cintamu masih
tak sempat terbaca hatiku
malah terabai olehku

lelah ku sembunyi
tutupi maksud hati
yang justeru hidup karenamu
dan bisa mati tanpamu

andai saja aku masih punya
kesempatan kedua
pasti akan ku hapuskan lukamu
menjagamu, memberimu segenap cinta
ku sadari tak selayaknya
selalu penuh kecewa
kau lebih pantas bahagia
bahagia karena cintaku

kau bawa bersamamu
sebelah hatiku separuh jiwaku
yang mampu sempurnakan aku

kesempatan kedua-tangga

pengalaman akan menjadikan seseorang matang. pengalaman adalah pelajaran untuk menghadapi hari mendatang. semua orang, ya, semua, akan ada kisah cinta pertama. dan walaupun bertahun tahun cinta itu pergi dan tiada depan mata, masih juga akan kita ingat. macam kawan aku kata, 'aku yang kisah enam tahun lepas pun boleh buat aku menitis air mata kalau teringat, apatah lagi yang masih baru berpisah dan berada depan mata'. okey aku terpaksa admit, perasaan itu sakit, lagi sakit kalau tahu yang dia sudah ada pengganti. apesal lah aku tahu sapa pengganti tu yep. haha takpenting dan mengarut. okey, aku lah tu. lepas hari tu, sampai sekarang pun aku masih jadi stalker bodoh. cuma sekarang speed dah tak selaju, serancak dulu la nak stalking-malking ni. dari kadaran hari hari, jadi seminggu sekali. sebab ego taknak tegur, nak mengelak takut teringat, tapi still jugak intai khabar, nak jugak tahu perkembangan dia. alhamdulillah, satu pencapaian, itu baguslah.

semua orang pasti tahu pasal ini. cinta pertama tak semestinya akan menjadi yang selamanya. cinta pertama maksud aku, cinta orang besarlah, cinta yang ada perancangan sehidup semati sekubur serumah tu. cinta yang kau-nak-jadi-bapak-budak-anak-aku dan aku-jadi-mak-budak-anak-kau. lebih kurang macam tu la. bukan cinta monyet tinggal surat tabur bedak then letak bawah meja. idokk le gitu. ni cinta serius punya lah. cinta pertama, biarkan dia pergi kalau betul takde jodoh beb. jangan dera perasaan kau lama lama. tak baik. kau berhak kot hidup bahagia. toksah jadi mulia sangat tunggu dia yang dah bahagia dengan orang lain. duk tilik tilik gambar hari hari. beb, past is past, kan? cinta sebelah macam tu tak kekal. betul aku cakap. realistik boleh kan? 

jangan mengharap sangat. bercinta lama lama bukan satu kepastian untuk bersama lama lama. kalau sekarang ni ada yang take care kau macam menatang minyak yang penuh, yang jaga hati kau baik baik, do accept him|her. buka peluang hati kau. kalau kau bahagia, kau dah pun bahagiakan orang lain. orang dah kahwin pun boleh cerai, apetah lagi cinta yang takde pengikat apa apa.

aku dah sedar dari kisah lalu. aku ada masa depan dan masa depan aku bukan lagi menunggu benda tak pasti. cuma kerja tuhan, kalau itu jugak jodoh aku masa depan, yes well aku akan terima. tapi jujur cakap, sekarang rasa sayang itu masih, masih ada. tapi tak sehangat sehot dulu. aku cuma harap ia hilang dengan sepatutnya.

kalau takde orang sekeliling nasihatkan kau, tegur kau, sekurang kurangnya kau kena tegas dengan diri kau. iye dok?

aku ni bukan sape pun nak cakap banyak demand banyak. kalau korang kenal aku ko tahu lah aku ni manusia cemana, manusia jenis ape. aku pegang dua benda kalau bercinta, alhamdulillah insyaallah aku akan pegang sehingga syaitonirrojim betul betul sukses goda aku. satu, tiada istilah berpimpin tangan. no until akad. jangan sentoh woi, haroom. abdomen yang bernama kulit yang terletak kat badan aku memang lembut, tapi no tacing tacing. kulit aku bukan tester keberkesanan losyen. haha. dua, jangan juga percaya seratus persen|all out kepada pacar. cemburu buta itu penting. eh. biar cemburu tapi berpada. cemburu buta takpe, jangan membabi buta sudah. biar cemburu buta yang tak bisu dan tak pekak. jangan bisu sebab senang nak membebel. jangan pekak sebab lepas bebel mesti nak dengar orang pujuk|rayu|explain sampai buih airliur keluar.

oraitito? got it? got the message? maaf dipinta, kalau tak dapat maknanya aku masih perlu banyok belajo lagi lah yep. aku manusia tak lari dari buat silap. dan marilah renung renungkan dan selamat beramal. selamat berfikirto.

dah.

eh, konklusinya. terimalah cinta kedua dan berilah ruang untuk peluang kedua. haha.

dah.

;D



new past