married plan?
Friday, June 24, 2011, ϟ 0 shout(s)



mood aku memang tak menentu sekarang. aku gugup, tak tahu nak fikir ape. padahal sebab yang kecik je. so sekarang aku nak merapu. 

lately aku banyak masa, sangat banyak sampai hari hari aku online. tapi bukan 24 jam lah sebab aku juga perlu masa tido. baik aku ada follow beberapa blog, yang banyak menulis pasal perhubungan manusia, pasal kehidupan, pasal cinta, kawin, dan pendek kata pasal manusia. tapi bukanlah ulasan panjang lebar aku nak buat kat sini.

isu aku paling minat mestilah isu kawin. kalau kau tak minat, boleh tekan pangkah kat atas. masa bujang aku boleh cakap perkahwinan idaman aku kan. lepas kawin mana boleh, kena redha. ha so masa ni la aku bebas bercakap seperti bebasnya burung berterbangan. err takde kaitan.

kawin bukan untuk sehari, dua hari, tapi untuk hari hari dari mula kau akad nikah sampai mati. bukan setakat hari menjadi raja sehari, tapi selepas tu hingga kau jadi moyang. betapa besar tanggungjawab dan komitmen dalam hubungan ini.

dengan ini, aku ada la sikit perkara yang aku rancang untuk stage stage diatas. randomly ye.

*ofcos sebagai perempuan, aku aware pada masa depan dan kemungkinan buruk yang akan jadi kepada aku seperti kehilangan suami. bukan aku mintak, secara semulajadinya kita yang hidup akan mati. kalau berpisah dua dua hidup, tu takde jodoh namanya. aku perlu ada harta sendiri seperti rumah atas nama aku, kereta, duit simpanan. kot kot la kan, mana kita tahu.

*oleh kerana kita kawin dengan dia untuk hidup sampai mati, mestilah kita kena prepare sikit. contohnya belajar masak makanan feveret dia. apa dia makan apa dia tak. ikat perut laki ha.

*sebelum kawin dengan selepas memang beza. time kawin tulah tembelang pecah. yang sweet semua dah tak sweet. kena ready fizikal mental. sebab aku akan menghadapi bangun tido bersama seorang manusia yang dicintai hingga tido balik pun, di bahu seorang yang dicintai bersama sama. cewahh. masa ni lah aku nak tengok bulu ketiak dia, dia tengok rambut mengerbang aku, air liur basi dan err sebagainya. haha.

*aku nak majlis perkahwinan yang sederhana je, seriously. taknak membazir macam sedara sedara yang lepas. so kena plan dah ni. haha. poyo. maksudnya, yang perlu kurangkan, kurangkan. persalinan aku taknak banyak banyaklah. serabot aje. kalau buat majlis kenduri kesyukuran  je pun okey jugak kan? masuk list yeay!

*aku taknak bersanding time orang makan. so orang datang rumah makan, aku kena makan sekali. bersanding takde orang tengok buat ape. setakat nak amek gambar, lepas kawin boleh buat. ni ada yang penat lelah di dapur, kita pose sana pose sini. sakit hati je. ye aku lah tu. kena basuh pinggan tatkala orang lain bergelak ketawa. sadis.

*after kawin, punya perancangan, ikut laki i nak decide apa untuk i. hoho. solehah la sikit sebab syurga isteri bawah tapak kaki suami hohoi. cuma sayang, i nak basic rumah kita ada dapur, ada peti ais, ada washine machine, ada almari dan ada katil. takde sofa pun takpe, ala ala jepun. sweet kan? hiks.

tapi kena ingat, kita hanya merancang. macam macam boleh berlaku. macam macam boleh berubah. jangan kecewa bila perancangan tak dapat. dan jangan juga melanggar batas agama. okey see you again. sekian.


dah.



new past