mamak|mapley yang dicintai
Monday, June 20, 2011, ϟ 4 shout(s)
mamak tu ape? mamak tu biasanya menggambarkan golongan india muslim. tapi kalau sebut mamak depan aku, ia menggambarkan para roti yang sedap dan enak dimakan panas panas. nom nom. bab makan akulah juara. makan benda yang pelik sikit pun akulah jugak juara dalam kalangan kawan kawan aku. aku spesis mencuba. sedap boleh makan lagi. tak sedap mampus aku nak bazirkan duit aku kan. tapi bak kata aku, tak cuba tak tahu (hanum 2011, makanpunyapasal).
mamak aku panggil mapley kadang kadang. ntah cemane tah orang boleh panggil mapley aku pun tak tahu. haha. okey dah pasal sejarah. aku student uum. kat uum ada satu kedai mamak ni. nama dia subaidah inc. aku penduduk sintok, kalau dah duduk sintok ofcos mesti berkawan dengan changlun. so changlun ada dua mamak, yasmeen dan seven star (dulu nama dia ahmediah pokok ceri). antara tiga, aku ofcos vote subaidah. sebab? jap lagi aku cite.
yasmeen dan seven star (ss), aku vote ss lebey lah. yasmen jarang aku pegi, roti dia tapenah try, mee goreng mamak dia je yang aku rasa okey. ntah. takde nafsu kat yasmeen. mungkinkah mapley disitu tak sexy macam ss kot. ss aku minat sebab satu, mapley sexy dan cute (muntah), dua, roti dia sedap. yang paling aku feveret admire sekali, roti nan dia, alamak, sedapsssssssssss. thumbs up. tapi yang takbest ss ni, takleh mintak roti pelik pelik, tak pandai buat. mintak roti milo susu pun dah tergaru garu nak buat cemana. haish.
subaidah, oh subaidah terletak berhampiran bangunan HEP yang lama, dekat jugak dengan bangunan yang baru, betul betul depan library. kira strategik jugaklah untuk student dan lecturer nak jamu selera. banyak jugak menu kat sini. yang fofular, ayam rose. tapi tak berkenan sangat pasal rasa dia manis sikit. tapi kalau sebut bab roti, memang tabik lah, kau nak roti ape, canai biasa, canai telur, milosusu, tisu, cheese, pisang, pisang aiskrim, everest, dan ape tah lagi. roti nan feveret aku pun macam macam varian ada. ayam tandoori, cheese, biasa, dan lain lain. nak rasa, sila ke sintok lah ye. haha. itulah istimewanya subaidah aku ni.
ada satu pengalamanlah dekat subaidah ni. ada one day tu, berapa haribulan tah, lupa, aku dan beberapa orang lagi kawan pergi daki puncak vista nak tengok sunriselah konon. then lepas nampak matahari, rasa lapar. so kami decide untuk ke subaidah sebab masih pagi. dan bergeraklah kami ke sana. sesampainya di sana, masing masing orderlah apa yang nak makan. so aku telek menu atas, aku nampak macam roti everest macam pelik je. so aku nak try, aku orderlah. okey duduk kat tempat, tunggu. then roti orang lain dah sampai, roti aku belum. aku jenguk tempat mamak yang tebar roti tu, ada satu roti yang ada putih merah atas dia, aku ignore jelah pasal aku jangka roti everest aku ni tinggilah, setinggi nama dia. then tak lama lepas tu, mamak tu panggil. aku pegilah. rupanya roti tu memang aku punyalah. huh, lari jangkaan aku tentang ketinggian roti aku. then duduk kat tempat balik, aku tilik roti aku. oh begini rupanya roti everest. korang tahu, atas dia ada mayones dengan sos. dalam dia ada roti yang macam roti john tu, then yang paling ajaib, ada pisang! so sila bayangkan rasanya macam mana. tapi okey jugak, boleh tahan rasanya. aku boleh lagi telan. yang lain dah sebok gelakkan aku. so setiap orang dapat rasa roti aku sebab aku suap setiap orang yang sinis tengok roti aku tu. har har. oh memang tak lupalah roti berisi pisang tu. everest, konon. puih. padan muka.
so sekianlah hikayat mamak|mapley yang dicintai.
dah. :)
new past
