kotex vs libresse
Thursday, June 16, 2011, ϟ 0 shout(s)
ini bukan entri how to wear a pad ye kawan. ini entri pendapat aku. biasalah. pengulas tak berbayar.
sedikit sejarah berkenalan dengan dua figura berkenaan. since sekolah lagi aku kenal kotex. kotex adalah jenama yang affordable untuk budak sekolah serama macam aku. jimat kan duit, beli yang murah. nak beli brand sarina, orang cakap takde kelas pulak nanti. so pakai la yang berbrand tapi paling murah. kotex. kotex actually okey, full kapas dan takde gel. well readers yang berjantina lelaki, jangan pikir bukan bukan dan jangan imaginasi bukan bukan. memang bagus lah. gel tu tak elok sangat orang kata. tapi aku takde bukti nak cakap gel tak bagus. ignore it. pad ada banyak varian. slim, maxi, overnight lah yang paling common sekali kan. lain lain jenis kotex adalah seperti kotex style, kotex luxe dan banyak lagi yang pelik pelik. bagi aku yang suka cuba banyak brand, kotex takde lah best sangat. best time terdesak aje. dia punya surface agak keras dan kasar (dulu punya version).
libresse pulak adalah jenama yang agak baru dalam pasaran. dah harga pun tak mahal macam whisper. aku tak berapa suka whisper. walau mahal tak melambangkan keselesaan beliau. okey libresse pun macam kotex, takde gel segala tu. full cotton dan selesa. orang kata brand ni memang baru keluar tapi dapat tempat di hati aku. lepas beberapa brand dan lepas libresse keluar, aku dah memang setia pada libresse lah. libresse pun banyak pilihan jugak, maxi, slim, overnight, super ultra slim dan whatever la.
hari tu aku pegi 7eleven cari benda alah ni lah. libresse takde. okey gerak pegi kedai cina sebelah. hambik kau, rak pad dah la tinggi gile, semua kotex. nak tak nak dah terdesak aku ambil dua. maxi dengan overnight seperti biasa. mula mula tak perasan lagi. then bila buka, macam impress gile! warna warni beb. macam dalam iklan tivi tu, kotex WOW. siyes, mood swinging betul. haha. dah banyak perubahan dah, tak keras macam lama punya version. okey kalau still tak percaya boleh pegi kedai dan beli. menarik. dan sekarang aku akan belajar menyintai kotex kembali. eh setia jugak dengan libresse sebab libresse nombor satu di hatiku. chill yawr!
tu je. dah. :)
new past
