celaka?
Thursday, June 2, 2011, ϟ 0 shout(s)


hidup luar duga.

kita manusia. pasti ada turun naiknya. pasti ada jatuh bangunnya. yang pasti segalanya yang berlaku telah menjadi sebuah sejarah bukan. cerita semalam takkan sama dengan cerita hari ini, walau susuk menahan rutin yang sama. ingat, rutin sahaja, bukan kisah dalam rutin itu. keluh kesah semalam membuat kita tahu akan untuk menhadapi hari ini yang gila. lebih gila dari biasa. lebih hebat dari yang telah hebat. ada natijah, hikmah sebalik itu. kita dikurnia akal fikiran yang mampu menilai kaca dan permata. kita tidak boleh menulis kisah esok dan menirunya bulat bulat. kita tidak boleh menulis bahawa esok kita bahagia, sebab kita tidak tahu. tapi kita boleh kan, untuk menulis tadi, semalam, malam semalam? untuk apa itu? pedoman. rujukan. panduan. kita boleh berjanji, tapi realistiklah, jika janji adalah untuk hari esok, dan hari esok adalah tak menentu, maka jangan terlalu berharap. kau boleh menjadi gila jika memikirkan untuk mendapatkan setiap satu perkara yang memang bukan rezeki kau.  

adakah celaka aku berfikir begini?

celaka lagi kau, biarlah aku punya pegangan aku sendiri!



*aku yang menulis secara rawakku*



new past