anak anak zaman sekarang
Tuesday, June 21, 2011, ϟ 0 shout(s)
kalau dibandingkan dulu dengan sekarang,
dulu aku dan kimi dan amir
membesar dalam kawasan yang boleh di panggil kampung. walaupun boleh dengar boleh nampak kereta di jalan besar. kampung dalam bandar. kawasan sekangkang kera yang ada beberapa rumah yang boleh aku keluar masuk, boleh turun naik sesuka hati. rumah jiran yang sangat rapat.
pagi pagi masa kecik, ummi hantar rumah pengasuh, selang beberapa rumah. atas dukungan ada dua orang. yang aku pulak, terkedek kedek berjalan. tak muat dukung.
saban hari, sampai malas nak balik rumah, aku pergi bermain dengan anak anak jiran itu. tidur di rumah mereka. tanpa rasa bimbang. walaupun abah melaung dari rumah. 'balik cepat!!'.
saban hari juga, main pasir. main masak masak. main pondok pondok. di tanah sekangkang kera itu. aku juga jagohan panjat pokok jambu, sampai ke puncak. tinggi pokoknya. kalau jatuh, sure patah riuk tulang kecilku.
aku juga boleh main lumba basikal dengan anak anak lelaki. berlari lari. main api. main sembunyi sembunyi. main banjir. main bola. bukan kerana aku tiada sifat keperempuanan. cuma aku lebih pada nakal. lebih kepada rasa lasak, mahu rasa luka. kalau tak perempuan, aku tak main masak masak kan?
dulu jugak, aku kuat makan aiskrim. tapi bukanlah conetto atau paddle pop. tapi aiskerim pop, aiskerim kacang dalam plastik homemade punya, harga sepuluh sen. tu aiskerim termahallah tu. dan dekat kedai runcit yang aku panggil 'kedai chek' itulah, aku main tikam tikam. hohoh. sampai satu hari aku dikejar abah, suruh balik rumah.
lepas balik sekolah rendah, berlari lari pulak pergi mengaji. dekat pondok Tok Da. beratur keliling Tok Da. beliau duduk di tiang tengah. dengan pegang rotan patah. letih dan tua. tapi masih kuat mengajar.
dulu berjiran dengan orang Kemboja islam. rumah mereka tak macam rumah kami. daif. anak ramai. hari hari dengar mak dia bising suruh abang jaga adik adik. lepas mak ayah pergi kerja, berteraburan aku tengok dorang berlari. tak berbaju pun ada. nampak gajah terkedek kedek. haha. lucah sungguh kanak kanak dulu.
sekarang, bila aku tengok adik bongsu aku, aku tak rasa dia akan merasa macam aku, kecuali kalau kami sekeluarga pindah duduk kawasan kampung.
aku bukan nak cakap tak elok, cuma kejiranan dalam taman tak best macam kampung. aku kenal jiran, tapi kenal pada nama dan muka, itu je.
budak sekarang advance. keadaan sekarang menakutkan. aku yang umur 20 tahun ni pun tak berani nak jalan sorang sorang kat sini, apatah lagi nak bagi adik aku umur 5 tahun tu keluar rumah walaupun hanya dalam pagar.
abah selalu highlightkan isu semasa. tengoklah paper sekarang, kalau tak isu bunuh, rogol, mati kat muka depan. dia takut semua tu jadi kat anak anak dia. perempuan lari dengan lelaki lombok, kena culik, kena rogol. takut.
dan aku juga prefer untuk duduk rumah kalau takde member nak kemana mana. kata kata abah tu terngiang ngiang.
dan lagi advance, adik aku balik sekolah je, mintak slurpee, cadbury, mat kool, potato chips. aku? dulu makan mamee 20 sen. aiskerim 10 sen.
aku nak kembali zaman dulu. boleh ker?
realistiklah weyy.
dah.
new past
