ini aku, bukan orang lain
Saturday, June 4, 2011, ϟ 0 shout(s)
aku dipohon bercakap tentang cinta yang aku inginkan, dan aku masih terpinga.
baiklah terima kasih kepada sang pemohon. aku catitkan di sini sahaja.
baiklah aku juga pohon jangan diagung apa yang aku mahukan. jangan diikut luar kemampuan diri. menjadi diri sendiri dan mencintai orang yang menjadi diri sendiri lebih berharga, sekurang kurangnya aku rasa tidak tertipu. mengurangkan rasa sakit dahulu. itu lebih afdal, bukan?
pertamanya aku dahulukan, aku bukanlah sesiapa untuk mahukan yang terbaik. tapi itu adalah impian semua.
matlamat aku, dunia akhirat. dunia aku mahu, akhirat juga aku kejar. bahagia aku cari, derita aku hadapi. kesederhanaan yang diberkati, kemuliaan yang diingini.
cukup mudah untuk kau fahami.
new past
