dunia yang hilang|the lost world
Saturday, May 28, 2011, ϟ 0 shout(s)
27 Mei 2011
ape yang menarik kat sini? korang boley google sendiri sebab aku berdiri di sini bukan untuk cerita asal usul lost world. aku nak share beberapa gambar aje untuk tatapan korang. aku first time sampai sini. tu macam jakun sikit tu. dah la masuk fully support. haha maklumlah aku ni murid kelas tinggi yang tak berduit. ni tak upload semua. gambar beratus (tapi bukan semua gambar aku pasal aku menumpang kasih dslr orang). sikit sikit je. mana yang tak seksi je. hahaha. layan zass~
depan. pintu masuk. dengan kucing gergasi. i wonder if the cat is alive. aku sekali telan je kot. gulp! ;p
yes! percayalah. RM38. mahal bagi orang pokai miskin macam aku.
shouldn't. macam aku, pakai trek suit. macam hape je malu bila life guard tu cakap taleh naik tubes raider. sebab seluar cemgitu berat. manalah aku tahu haiiiii aku tapenah masuk dan amek tahu~
iya. swimming appeal. lenkali pakai seluar yang sesuai okey. takdelah susah susah meraba cari seluar sebab kalau tak main rasa rugi. nak main jugak.
my tag.
tangan akulah paling sweet. eh, tangan besar tu sepupu aku punya. dan dia tak pegang tangan pun tangan aku okey. ilusi optik dengan angle tak betul je tu. btw tangan aku comel sekali *wink wink*
yeah! dark tubes. gigil aku naik menatang ni. gelap dow. nampak anak panah je. ekstrem aku jerit. melompat anak tekak aku. okei aku tipu. tapi memang first timer macam aku memang kira berjaya la tu sebab tak tercampak. err tapi naik closed tube aku tercampak. tak caye? layan bawah.
landing dengan baik dengan memek muka berseri seri.
this is cliff racer. bentuk dia macam bentuk u sebab kita akan turun then akan naik balik. dan itu aku dengan kak ana.
nyempat aje peace segala kan. haha.
gigih panjat atas badak depan wave pool.
ni wave pool. ada ombak gitu. ala ala hawaii. ada pasir pantai. dan tempat aku berdiri tu dalam paras dada. lagi belakang lagi dalam.
ni depan entrance door. depan wave pool juga. :)
inilah manusia dewasa dinasour yang pegi dekat kolam budak kecik! crystal pool kot nama dia. ni kolam air panas.
see! tapi tak malu sangat pasal kau tengok, ada mak cik kat hujung tu. ada jugak nenek orang kat situ. so chill! :)
ni dari atas steam caves. suhu air boleh tahan 43 derjah. dah la tengahari buto masuk dalam tu. bunuh diri betul. masak~
ni kolam ape tah namanya. belasah je masuk.
ni kat petting zoo. menatang ni memang chomellnessss. awesome lah. rasa nak bela je sekor. tu kau tengok, dia tengah berdiri lepas kitorang baling kuwaci. tengah kopek kuwaci tu. comel la. lepas tu siap buat bunyi bersahut sahutan lagi dengan geng dia.
this is ruby. ruby nak kuaci. so aku hulur jugak. dia siap salam aku beb. lembut je paw dia. :)
kepura cave. dalam ni lebih kurang macam gua kelam. bese bese je, cuma tadi jadi best sebab sejuk. sebab tapak kaki kami dah nak melecet berjalan pusing satu lost world tu berkaki ayam. padan muka.
sampai je amusement park, jumpa ni. dragon flight. pusing kepala aku. pening.
okey ni adalah adegan landing secara tak selamat yang sempat dirakamkan oleh cik jurukamera. masa ni aku naik tube ketiga, closed tube. nasib tak lemas aku. dah la takde bakat berenang renang ke tepian. tersedak jugak dibuatnya. air masuk dalam hidung dan telinga, yoww sakit beb. haha.
penumpang belakang tak tahannnn, sempat lagi dia peace. haha.
tu aku dah timbul balik tu.
menggosok gosok hidung.
menggenyeh hidung lagi.
tapi tak serik. naik sekali lagi untuk tube keempat. gigih pikul pelampung naik atas walaupun telah kemalangan. haha. maka aku telah khatam keempat empat tubes raider itu. yeay boleh dapat sijil tak? haha.
ni pun khatam. walaupun ada jugak yang tak sentuh pun, kira khatam la tu sebab pusing semua. yeayyy!
then lastly, orang kopak mampu beli ini sahaja sebagai tanda datang lost world. lain kali datang lagi.
tu je kisah lost world. letih edit gegambar. so gambar pegi makan mee banjir udang sebelah malam, gua upload esok ke lusa ke okeh. yum yum..
dah. :)
new past
