kepoh lah
Saturday, March 12, 2011, ϟ 0 shout(s)
since tajok punye tempat tak keluar untuk aku tuliskan tajok gempak untuk entri aku yang tak berapa gempak ni, aku putuskan, entri ini sekali lagi jadi entri aku yang tak bertajok. tajok kau karang sendiri yep.
aku rasa otak aku sedang berjalan untuk keluarkan beberapa pernyataan yang bernas. sebab maklumlah semua entri aku sebelum ni bukanlah bernas segenius aku pun. aku rasa aku kena menaip secara matang, walaupun sekali. haha gelakkan aku. isunya isu tipikal, stereotaip, isu manusia. aku suka isu ni sebab belajar pasal manusia ni percuma. even ko lepak depan toilet pun ko boleh belajar. pakai mata. kalau buta tu, lain kes. observation, percuma bukan?
abaikan karya jalanan aku ini. aku rasa ko akan bosan membaca. aku encourage ko stop baca ni bila ko dah start buat muka pelikkkkkkkk.
well. aku adalah loser dalam soal communication. diakui dengan bukti bukti kegagalan aku menjaga beberapa perhubungan sama ada dengan perempuan atau lelaki. dan aku gah bila aku dalam dunia monolog dalaman dan dunia perli orang. tapi, aku rasa semua orang lalui kegagalan seperti aku ni. bila mana 'selfish' tak dapat dibuang dalam diri, kebarangkalian kesan hanya dua, positif atau negatif. bawak mai depan aku bila ada orang cakap dengan korang bahawasanya dia tidak selfish. BOHONG. aku selfish. aku ada conflict of interest. dan itu membawa aku kepada self defense, tak kira dari segi perbuatan dan perasaan.
baiklah. aku mula tak faham. tapi aku teruskan je ye. sila tapis sendiri intipati entri ini.
pada pendapat aku lah, manusia adalah kind-a-monster yang kadang kadang penipu. mereka bercakap lain dan bereaksi lain. mereka darurat. mereka sebenarnya mahu menjaga perasaan orang lain dengan dalam masa yang sama menjaga perasaan sendiri supaya tak terlukai. then once perkara bla bla bla terjadi, mulalah semua, SEMUA tembelang busuk akan keluar. tikam belakang mula terjadi. yang busuk mula berbau. adakah bila bergaduh, atau kata halusnya berterasahati tu muncul, yang indah indah semua hilang? tidak. tetap tidak hilang. malah dikenang lagi adalah. ini bagus tapi pahit. adakah aku boleh simpulkan ini sebagai miscommunication?
haha.
aku bukanlah pakar tahap phd dalam memahami keseluruhan permasalahan kompleks manusia secara ilmiahnya. aku lebih bersifat bias terhadap kepentingan aku. kadang aku bias terhadap kepentingan orang sekeliling. miscommunication akan melibatkan dua atau lebih manusia yang kenal, berhubung, cuma penghantaran mesej atau decoding yang salah atau kurang difahami mencetuskan miscomm itu tadi. korang faham tak? katakanlah si polan a dan b, kenalan. si a mahu jaga hati b dan sebaliknya juga b mahu jaga hati a. dalam masa sama ada lagi polan c d e f g h yang perlu difikirkan. dalam perhubungan ada kebergantungan. dalam kebergantungan ada kerapatan. kerapatan? rapat la maksudnya, makan sepinggan, mandi bersama.
mudah contohnya. aku polan xxx. aku ada a b c d e f g . semua baik dengan aku. tapi antara mereka ada yang kurang selesa dengan mereka yang lain. aku si polan xxx ni pulak nak buat tak nampak ketidakmesraan mereka dengan melayan semua secara adil dan saksama. dalam masa yang sama mengatur strategi untuk membuat semua berpuashati. kami saling bergantungan. dan yang menjadi masalah bila ada yang tak faham apa yang aku cuba buat, sesenang hati cakap aku tak peduli bila aku ada yang lain. wth.
walaupun situasi diatas sangat tidak relevan untuk diceritakan disini apatah lagi dibaca oleh korang yang hebat tahap degree tak hingat yang menganggap ini isu kecil, disini aku nak memberi sepatah dua kata. bagi aku seorang yang kurang perasan, kurang perasaan, kurang peka dan selalu pending ni, aku nak ingatkan, menjaga perasaan orang adalah seratus ribu kali susah dari perasaan sendiri tahu! mungkin aku terlepas pandang sesuatu, sebagai manusia biasa, aku rasa penilaian semua orang berbeza. ia juga terpulang macam mana ko nak nilaikan aku. sampai satu tahap, manusia akan penat menjaga kepentingan orang lain yang tak menjaga kepentingan dia. selfish kan. setiap benda mestilah berfaedah kepada diri sendiri. kan?
dah. mood aku mati tiba tiba bila terkenangkan. karangan aku sampai disini. habis disini. bukan untuk bahan gaduh. bukan untuk tunjuk hebat dan lagak. sekadar bahan entri. sekian.
dan jangan cuba untuk fahamkan kalau tak melalui.
new past
