derma organ dalaman
Friday, March 18, 2011, ϟ 0 shout(s)


em. derma organ. ngeri?

derma organ adalah proses menderma bahagian tubuh badan kepada orang lain selepas meninggal dunia. derma ini biasa dilakukan kepada orang lain yang mengalami kegagalan tisu atau fungsi organ gagal. biasanya kita dengar organ yang didermakan adalah hati, jantung, buah pinggang pankreas dan paru paru. kalau tisu pula, yang biasa diderma adalah tisu mata, tulang, kulit dan injap jantung.  

aku ada cita cita yang ngeri itu sejak dari kecik dulu lagi. since aku umur berapa aku tak ingat. yang aku ingat, aku rasa terpanggil untuk bagi anggota badan aku kat orang yang memerlukan. tapi tapi, aku adalah orang yang takut jarum dan ubat. so time tu aku fikir, mana mungkin aku boleh buat begitu. so aku pendamkan aje.

then, bila dah besar ni dah boleh berfikir waras cerdik sikit, dah dapat pendedahan, baru aku macam sedar yang orang nak derma organ ni ada dua jenis. orang hidup dan orang mati. yang hidup tulah biasanya dipanggil transplant. dan yang time mati tu dipanggil derma organ. errk. aku rasa lepas aku mati mungkin aku akan derma organ. erk, lepas bincang dengan parents dan semua ahli keluarga, lepas tu kena isi borang dan dapatkan kad penderma. sebab tak semua parent mahu anak mereka ditanam tak cukup anggota kan. isu ini sedikit sensitif terutamanya keluarga. hee. kalau diizinkanlah. :) 

majlis fatwa kebangsaan ada meletakkan 4 syarat untuk menderma organ dalam menfatwakan hukum derma organ adalah harus. yang nombor satu, pemindahan organ dibenarkan jika itulah jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa seseorang. yang nombor dua, penderma berkenaan mestilah disahkan mati. ketiga, mendapat kebenaran dari ahli keluarga, dan ampat, tiada urusan jual beli sebab dah namanya pun derma, mesti dianggap sebagai derma. tengok syarat kedua, harus ada kebenaran okeyyy?

ada banyak persepsi tentang derma organ ni. ia bukan paksaan terhadap kita sebenarnya. kalau kita decide nak derma, then tetiba kita batalkan, ia bukan satu isu. itu hak kita. apa yang penting kesedaran diri kita dan sejauh mana rasa bersungguh kita nak derma. aku belum mendaftar. aku rasa lepas aku dah kerja nanti atlis dalam umur 24 mungkin, aku akan fikir semula hal ini. baik, bunyinya macam murni betul cita cita aku. hee. aku tak rasa semua orang bertuah dalam dunia ni. ada yang lahir berpenyakit, ada organ yang rosak dan macam macam lagi jenis penyakit yang super misteri dan pelik yang kita tak tahu. yang kadang kadang takde penawar pun ada. semua tu kuasa Tuhan. AllahuAkhbar. dari dulu lagi kita dijamukan dengan banyak kisah sedih rakyat kita pasal organ kan. so aku menyeru semua untuk menyokong usaha murni ini untuk membantu orang lain, atas dasar humanity. semua orang berhak mendapat kehidupan yang lebih baik. 

kalau nak tahu lanjut lagi refer pada web kementerian kesihatan malaysia ni. dan google la pasal derma organ untuk lebih tahu, sila rajinkan diri anda kalau nak tahu. okey?

hidup memberi faedah kepada orang lain, apa salahnya?

hee. babai.


(ahmad khariri al-hadi, antara penderma organ di malaysia)







new past