perasaan seorang abah terhadap seorang anak perempuannya.
Wednesday, January 19, 2011, ϟ 3 shout(s)



Slm ppls.


Aku tak homesick. Tapi aku teringatkan rumah. Aku rindu rumah. Aku rindu semua isi rumah. Paling terngiang ngiang, pesan abah. Cukup untuk menggambarkan perasaannya terhadap aku, terhadap anak anak yang lain juga. Aku sebak. Aku menangis.


Aku lagi rasa sebak, bila aku baca note kat bawah.




“Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja di perantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...
akan sering merasa sangat rindu sekali dengan umminya...
lalu bagaimana dengan abah?

Mungkin sebab ummi lebih selalu menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata abahlah yang mengingatkan ummi untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kita kecil, ummilah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahawa sepulang abah bekerja dan dengan wajah lelahnya, abah selalu menanyakan pada ummi tentang khabarmu dan apa yang kamu lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil...
Abah biasanya mengajari puteri kecilnya naik basikal. Dan setelah abah menganggapmu boleh, abah akan melepaskan roda bantu di basikalmu..
Kemudian ummi berkata : "Jangan dulu abah, jangan dilepas dulu roda bantunya",
Ummi takut puteri manisnya jatuh lalu terluka..
Tapi, sadarkah kamu?
Bahawa papa dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI BOLEH.

Pada saat kamu menangis merengek meminta boneka atau mainan yang baru, ummi menatapmu hiba.
Tetapi abah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang"
Tahukah kamu, abah melakukan itu kerana abah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu harus dipenuhi?

Saat kamu sakit seperti batuk dan demam , abah yang terlalu khuatir sampai kadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah diberitahu, kamu jangan minum air sejuk!"
Berbeza dengan ummi yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.
Ketahuilah, saat itu abah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu.

Ketika kamu sudah beranjak remaja..
Kamu mulai menuntut pada abah untuk dapat izin keluar malam, dan abah bersikap tegas dan mengatakan : "Tidak boleh!".
Tahukah kamu, bahawa abah melakukan itu untuk menjagamu?
Karena bagi abah, kamu adalah sesuatu yang sangat-sangat luar biasa berharga..
Setelah itu kamu marah pada abah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...
Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ummi...
Tahukah kamu, bahawa saat itu abah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya..
Bahawa abah sangat ingin mengikuti keinginanmu, tapi lagi-lagi beliau HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang lelaki mulai sering menelefonmu, atau datang ke rumah untuk menemuimu, abah akan memasang wajah paling cool sedunia..:')
Abah sesekali mencuri dengar atau mengintip saat kamu sedang bersembang berdua di ruang tamu..
Sadarkah kamu, kalau hati abah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan abah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk menambah jam malamnya.
Maka yang dilakukan abah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir..
Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut-larut..
Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati abah akan mengeras dan abah memarahimu...

Sedarkah kamu, bahawa ini kerana hal yang sangat ditakuti abah akan segera datang?
"Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkan abah "

Setelah lulus peperiksaan, abah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang doktor atau pegawai.
Ketahuilah, bahawa seluruh paksaan yang dilakukan abah itu semata-mata hanya kerana memikirkan masa depanmu nanti..
Tapi abah tetap tersenyum dan mendukungmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan abah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa..
Dan kamu harus pergi kuliah di tempat lain..
abah harus melepasmu.
Tahukah kamu bahawa badan abah terasa kaku untuk memelukmu?
abah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati..
Padahal abah ingin sekali menangis seperti ummi dan memelukmu erat-erat.
Yang abah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".
abah melakukan itu semua agar kamu KUAT...
kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu memerlukan duit untuk membiayai semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah abah.
abah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.
Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta anak patung baru, dan abah tahu ia tidak boleh memberikan yang kamu inginkan...
Kata-kata yang keluar dari mulut abah adalah : "Tidak.... Tidak bisa!"
Padahal dalam batin abah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti abah belikan untukmu".
Tahukah kamu bahawa pada saat itu abah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?


Saatnya kamu sudah menjadi sebagai seorang sarjana.
abah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.
abah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang"

Sampai saat seorang teman lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada abah untuk mengambilmu darinya.
abah akan sangat berhati-hati memberikan izin..
Kerana abah tahu.....
Bahawa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat abah melihatmu duduk di atas pelamin bersama seseorang lelaki yang dianggapnya pantas menggantikannya, abah pun tersenyum bahagia....
Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu abah pergi kebelakang pelamin itu sebentar, dan menangis?
abah menangis kerana abah sangat berbahagia, kemudian abah berdoa....
Dalam lirih doanya kepada Tuhan, abah berkata: "Ya Tuhan tugasku telah selesai dengan baik....
Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita yang cantik....
Bahagiakanlah ia bersama suaminya..."

Setelah itu abah hanya menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...
Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....
Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....
abah telah menyelesaikan tugasnya....

Abah, Papa, Ayah, Bapak, ...
Adalah susuk manusia yang harus selalu terlihat kuat...
Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...
Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu. .
Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahawa "KAMU BOLEH" dalam segala hal..”



Aku ada seorang je hero. Seorang yang aku anggap sangat sempurna, walaupun dia bukan Tuhan.
Dia sempurna sebab berjaya membesarkan aku dengan sempurna.




Aku sayang abah!



sekian, wslm ppls.




new past