sila jangan amek remeh!
Wednesday, December 22, 2010, ϟ 1 shout(s)
benda ni usually berlaku di kalangan kita. dan kita selalu amek biasa biasa je kan.
Kanser perut.
Simptom awal tak banyak beza dgn sakit perut biasa.
Rasa senak perut atau kurang selesa di perut.
Perut macam ada angin terutamanya lepas makan.
Cepat kenyang walau makan sedikit saja.
Pedih ulu hati.
Rasa mual.
Simptom seterusnya, lebih ketara.
Najis warna hitam, maknanya ada pendarahan dalam perut.
Hilang berat badan.
Hilang selera makan.
Rasa letih.
Kerap muntah, atau muntah darah.
Punca sebenar tak dapat dikenalpasti.
Tapi kajian menunjukkan kehadiran bacteria Helicobacter Pylori dalam kanser perut. Bacteria ini boleh bertindak sebagai kaseinogen yang boleh sebabkan kanser perut. Tapi tak semua yang dijangkiti akan menghidap kanser.
Antara punca lain, genetic, pengambilan makanan mentah secara berterusan, makanan yang digarami, disalai, dijeruk atau diawet, obesity, penuaan, tabiat buruk seperti pengambilan alcohol dan rokok.
Untuk mengesannya, boleh guna kaedah endoskopi iaitu kaedah tiub dengan lensa video untuk memeriksa dinding perut. Kemudian sampel tisu perut diambil dan diperiksa.
Jika dikesan ada kanser perut, peringkat pertama mungkin tak memerlukan pembedahan untuk keluarkan ketumbuhan. Cuma guna kaedah endoskopi.
Peringkat kedua pula, mungkin perlu pembedahan yang dinamakan gastonomi. Ini membabitkan pembuangan separuh hingga keseluruhan perut bergantung kepada kedudukan ketumbuhan. Dan mungkin disusuli rawatan kemoterapi atau radioterapi jika perlu.
Rawatan peringkat ketiga dan keempat mungkin lebih sukar. Ia lebih kepada penjagaan paliatif, radioterapi dan kemoterapi.
Untuk lebih lanjut, tanyalah pakar.
'mencegah lebih baik dari mengubati'
sekian.
..
new past
