kita hanya merencana.
Tuesday, December 21, 2010, ϟ 2 shout(s)
kita hanya merencana, tp kita tak tahu apakah rencana kita tu berjalan dengan lancar atau tak.
kita boleh merancang berbagai bagai benda. kita mahu itu. kita mahu ini.
sudah pasti, semua rencana kita adalah yang bagus bagus dan indah indah. mana ada orang buat perancangan yang buruk untuk diri sendiri.
perancangan dibuat atas perkara yang berkisar dengan diri kita. dari peringkat basic need, safety, social, self esteem, sampai self actualisation. kita mahukan yang terbaik.
ada juga merancang cita cita, cinta, kehidupan, hingga sekecil kecil perkara, contohnya mungkin aktiviti yang akan kita buat lepas ini.
cita cita, lepas belajar mahukan keputusan yang cemerlang. dan praktikal tempat yang baik. dan dapat kerja yang bergaji banyak. paling kurang pun tidak menganggur. dapat beli rumah besar kereta idaman. semua orang begini.
dan cinta apa kurangnya. bercinta. kemudian mahu bersama, berkahwin. dan mahukan perkahwinan yang kekal hingga hari tua. anak yang ramai, suami soleh isteri solehah. hidup sampai ke tua dan kalau boleh mahu mati bersama dan bersemadi dalam lahad yang sama dan ke syurga bersama.
bagi sang anak, mahu semua itu untuk menggembirakan hati orang tua. balas jasa. tabur bakti kepada keringat tua itu. mahu mereka bahagia.
ibu bapa pula, buat yang terbaik untuk anak. bagi makan pakai, pendidikan. supaya anak jadi orang berguna, lebih baik dari mereka. bagi kasih sayang. supaya mereka tak tersisih.
dan sama juga orang lain.
dan adakalanya perancangan tak kesampaian. gagal exam, tak dapat kerja, berhutang, isteri curang, suami berfoya, anak liar. kes bunuh bunuh sekarang pun apa kurangnya. dan semua itu bukan satu perancangan bukan?
bila perancangan lancar, kita gembira. bila tak menjadi, salahkan itu, salahkan ini.
just go on the life. perancangan tak menjadi, boleh cuba lagi. minta pertolongan minta petunjuk. sekurang kurangnya Rabbul Izzati ada bersama kita. usaha istiqamah tawakal.
apabila ada ujian, tandanya Tuhan masih melimpahkan kasih sayang-Nya, mengingatkan kita supaya jangan lalai. jangan lupa. kita masih adanya, untuk berasa tenang.
make changes. simple changes can make a biggest different.
itulah perancangan.
aku juga merancang. ada yang berjaya ada yang gagal.
new past
