choc cake.
Friday, December 24, 2010, ϟ 3 shout(s)



mission : choc cake in a cup.
venue : dapur rumah.
date : 23 dec 2010.

salam ppls.

ini kisah kek cokelat yang disukai ramai. dibikin secara manual sebab tetiba je pemukul telur (aku tak tahu mesin transformers tu nama apa) itu ROSAK. dan berasap. benda tu lama tak guna. mau tak organ dalaman beliau lumpuh. 
orang orang penting tentulah ummi. aku, co-chef dan pemukul telur (?!?!) dan dibantu dikacau oleh seorang mat mek kacau, che nabila fatarani. oh, nama glemer nabilah hanim ye :D. dan dua lagi boys tukang makan dan encik daddy yang tukang geleng kepala.

nak buat kek, mesti ada resepi, mesti ikut resepi. bahan memang ikut resepi, tapi disebabkan kelalaian co-chef, steps nya tak ikut. co-chef berangan ka? 

mari lihat resepinya.


sila kelik gambar untuk kasi tumbesaran.

okei.bahan bahannya;
(kalau klik pun tak nampak nampak)

5 biji telur - gred A (B C D E pun boleh je)

2 cawan gula 
(maaf ye Y.B Dato' Sri Liow Tiong Lai. takleh pakai konsep '1 sudu dah cukup' sebab memang tak cukup dan tak lemak kek sy nanti)

1 cawan air

1 cawan minyak masak

bahan bahan untuk diayak sebati sekali:
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 sudu soda bikabonat atau baking powder

1/2 tin susu pekat

steps to go;

telur+gula, pukul sehingga kembanggggg.
masuk minyak+air, kacau sebati.
masuk bahan bahan yang diajak, kacau sebati.
masuk susu pekat, juga kacau sebati.
sila kukus sehingga masak.

ringkas je. &&& sedap SEDAP! hingga menjilat jari kaki!

sempat jugak klik klik even tangan bertepung comot.
eksaitedd punya pasal. lama tak buat kek. eheheh. tak pandai pun sebenarnya. :)


telur yang dipukul pukul. dush dush!


gula yang hyper banyakk. kasi lemak. berkerim. disukai ramai. :)


mandi gula mandi gula yahooo..


this is nabila fatarani a.k.a mek kacau i introduce you. teleng meleng kepala. semangat 'nak jugak nak jugak'. sampai merajok rajokk. alalala bushuk kakak. :D

sila contohi sy, budak yang suka makan ubat gigi perisa strawberi && bubble gum, dan mandi air hujan. dan gigi sy lompang di tengah. lompang je. kakak sy dulu taring dia yang berlubang (?!?)


ini dipanggil tepung gandum cap kompang yang sedang akan diayakk. cap wau dah habis. kompang pun jadilah.

sy extra putih. nama sy serbuk penaik. kembang lagi kembangggg!


serbuk koko. & sudu. & seluar hulahup.


see, dah siap ayak. tengok tengok. aku ayak halus kannnnn.


ummi speed kalah mesin transformer yang rosak tu. syabbas momma syabbass! kembangg extra. :)


kelajuan itu membunuh. dan mengembang!


pakai speedlight baru clean & clear. nampak tak proses kemesraan tepung dan telur?


adik pliss jangan buat muka annoyed gitu. tahulah tersalah masuk tepung dulu baru nak masuk minyak plus air. haa.. chef cuak sebentar. co-chef gelakk jela. :)


 lastly, susu pekat. yummy. sila jangan guna susu dutch lady atau dumex dugro. takut terpandai nanti.


percayalah. ini bukan kicap pekat atau sos tiram atau sos mee goreng. ini adunan tadi. slurpp. macam hott choclate pulak mak tengok. auww. :O


isi dalam paper cup. letak dalam pengukus. kasi gegar kembang masak ranum. 


hasil yang pertama. macam apam. tapi moist sangat. dua singgitt!


 sila perhatikan wap wap yang naik. ia wap panas. jauhkan hidung anda & pakai google.


superduper yummy! lihatlah pandanglah. aku hitam pekat menggoda.


kecelakaan jalan raya. terbabas & langgar benteng penghadang. dan GOLL... atas lantai. slurpp. :)


kek berkeliaran berteraburan berselerakan. this cake off to Melaka esok dan bakal masuk dalam perut cousin sekalian. 

uniform encik samsung, ouch. maap en S .sy tak sengaja. balik holiday sy cuci ye. alarm && alert kan sy. :DD


berakhirlah sudah epik membuat choc cake. dan contribute sebijik to cik lilo, letak lilin 21 batang (?!?!) semperrna berrrday beliau. epibedey epibedey. sedap tau cik lilo. makan sampai tambah tambah. siap kena curi lagi. 

dah la. tido.eyebag mata nanti.
offlight. sweetdream.
thanks for eating reading.

sekian.
have a happy period ppls. :]
wslm.



new past