memancing perempuan
Saturday, September 18, 2010, ϟ 0 shout(s)




Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu

Jika kamu menadah air biarlah berpada
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh
cukuplah sekadar KEPERLUANmu
Apabila sekali ia retak
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi

Begitu juga

jika kamu memiliki seseorang
TERIMALAH seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA
Anggaplah dia manusia biasa
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.Berkhasiat
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya
Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga

jika kamu telah bertemu dengan seorang insan
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU
MENGASIHIMU
Mengapa kamu berlengah
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN






new past