kisah puasa
Sunday, September 19, 2010, ϟ 0 shout(s)
assalamualaikum semua.
ari ni aku mood kembali-ke-sekolah tatkala geng aku still ada kat rumah. aku berduaan dengan cik anem je. rumate pun tak sampai lagi.tido sengsorang, makan sengsorang.ngee.
makan? aku fasting ari ni.
yeah. kebetulan sangat. terrbeli metro tadi. dan terbelek page ekspresi. tajok dia, dahulukan puasa wajib.
dari dolu dolu lagi, aku keliru dengan puasa ganti dan puasa sunat Syawal ni. boleh puasa sekaligus ke? nak puasa mana dulu, wajib ke sunat? aritu, maklong cakap boleh ganti sekali, tapi kena niat nak buat dua dua skaligos. ada pulak kekawan cakap tak boleh.
then metro a.k.a encik Zaharuddin Abd Rahman telah menguraikan kekusutan otak aku. thank God. atlis aku tahu lepas ni aku nak jawab apa bila orang pertikai pasal ni.
beliau menulis;
mana yang lebih baik, puasa sunat atau qada dulu?
tentu sekali puasa qada jika berdasarkan hadis Kudsi yang sahih
"...dan tidaklah hampir kepadaku seorang hamba-Ku dengan apa jua pun, maka yang lebih aku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu (wajib) ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari)
hadis ni dirujuk sebagai asas. melakukan yang wajib sebelum sunat. tapi praktikalnya mungkin ia berbeza untuk situasi tertentu. kita sedia maklum bahawa bulan Syawal adalah satu tempoh yang agak terhad, setahun sekali untuk kita mengerjakan amalan sunat puasa enam. jika misalannya kita terpaksa ganti puasa selama 30 hari, berpuluh, atau berbelas hari atas sebab haid atau nifas yang lama di bulan Ramadhan, kita boleh untuk buat yang sunat dahulu disebabkan kekangan waktu untuk puasa sunat.
pun begitu, kita kena beringat bahawa walaupun tempoh untuk Qada adalah panjang sepanjang tahun, kita tetap tak tahu ajal maut kita. dan bila kita masih belum ganti puasa kita dan telah puasa sunat, kita masih lagi berhutang ibadat, dengan Allah S.W.T. puasa sunat adalah tambahan pahala, puasa ganti adalah hutang. ingat.
mana yang lebih baik, menggabung atau mengasingkan puasa sunat dengan Qada?
sebenarnya bagi yang mampu, tidak elok untuk menggabung puasa berkenaan. mampu maksudnya tiada keuzuran dan sihat tubuh badan. tiada dalil khusus membuktikan Rasulullah pernah melakukan atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya. bila Baginda dan para sahabat tak buat, maka kita harus faham bahawa itu mungkin bukan amalan yang baik yang boleh kita amalkan. ada juga beberapa hujah yang mempersoalkan hal menggabungkan 'sunat dan Qada' ini.
ia menimbulkan masalah lain dalam ibadat wajib dan timbul idealogi ibadat yang pelik pelik bila yang wajib boleh digabung dengan sunat. contohnya solat wajib dengan solat 'tahiyyatul masjid'.
amalan wajib memerlukan perhatian yang khusus dalam perlaksanaannya dan ia perlu dalam mengangkat tuntutan kewajipannya. tindakan menggabungkan mungkin mengurangkan kesempurnaannya.
sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.
kesimpulannya, eloklah ia tidak digabungkan dan elok didahulukan yang wajib daripada sunat.
oke sekarang, jangan keliru keliru. untuk lebih informasi, rujuk pada ustaz atau sesiapa yang dapat membantu, atau sekurang kurangnya rujuk bahan bacaan seperti buku yang lebih terperinci maklumatnya. dan jangan lupa kongsi. yang di tulis kat atas adalah rujukan ruangan ekspresi dalam harian metro yang secara kebetulan.
yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri hamba yang lemah ini. sekian wassalam. ;)
ps ; jadikan membaca budaya kita.
new past
