aku yang tengok kau tahan sembelit pasal aku
Thursday, July 22, 2010, ϟ 0 shout(s)

 ...



aku tau kenapa muka kau macam muka tahan sembelit mengerut ngerut dahi dan memoncong moncong mulut masa kau tengok aku. 





mari sini aku jelaskan.kau sangat tidak puashati tengok aku kan?baiklah.ape yg kau pandang?

pada aku cuma ada muka aku yg seangkatan dengan ratu cantik no.24 dunia yg belum tentu orang nak pandang.
pada aku cuma ada tudung ala ala budak skema yg tak pandai bergaya kembang kembang ditiup angin yg aku pin dan juntaikan ke bawah macam tu je.
pada sisi kiri aku cuma ada beg plastik RM 5 selepas diskaun RM 1.70 yg aku beli kat mall untuk aku isi segala kertas kertas buku buku pen pen.
pada badan aku cuma ada sepasang baju yg besar yg nampak melayang layang dan nampak macam baju pinjam sebab aku ni spesies selim melim.
pada kaki aku cuma ada sepatu yg mana satu satunya yg aku guna untuk alas kaki aku tiap tiap hari kuliah aku yg aku tak tukar tukar meskipun orang lain tiap tiap hari pakai sepatu lain lain.
okei okei.mari aku jelaskan.

aku tahu.
aku mesti paham kau pandang aku atas bawah sebab kau rasa kau lagi 'cantik menarik tertarik kau memang tembam' dari aku,walaupun setakat 'rasa cantik' dengan bling bling atas mata kau tu je kan?
aku mesti paham kau ada banyak pin pin tudung untuk kau pin pada tudung kau supaya tak nampak selekeh serabai mengerbang ngerbang ke sana kemari, tapi muka kau macam muka orang terjerut tudung dah sebab banyak sangat lilit kan?
aku mesti paham kau punya beg kulit bersulam segala tu lagi mahal dan tak sama standard macam aku punya beg plastik yg esok lusa belum tentu tak koyak sebab angkut buku buku berat walaupun dalam beg kau tu cuma ada alat alat mekap bedak eyeliner maskara eyeshadow lipstick perfume hand sanitizer dan cuma sehelai kertas dan sebatang pen sahaja untuk ke kuliah kan??
aku mesti paham yg kau memang suka buat hobi pakai baju adik kau yg saiz xs bila kau pandang aku lebih kurang macam aku curi baju kau sebab baju aku besar dan sebab kau besar dan sebab kau terlebih muat pakai baju yg aku pakai tu kan?
aku mesti paham rak kasut kau dah tak mampu tampung kasut kasut kau yg maha tinggi sampai berjalan pun lenggok lenggok tergedik gedik tertonggek tonggek dan maha mahal mahal tu sebab dah banyak sangat kasut yg kau pakai sampaikan kasut yg sekali pakai terus buang pun ada kan sebab banyak lagi kasut kasut lain yg tunggu untuk dipakai dan kasut aku yg rata berdebu buruk tu tak setaraf kasut kasut berjenama kau kan?

kau juga mesti paham.
aku tak ingin berbedak tebal bermekap bergloss bibir macam kau sebab
aku tak mahu lambat ke kelas dan kena bar dan kau,mekap sahaja ambik masa yg lama tapi muka macam pakai topeng.
aku tak ingin jerut leher aku macam kau dan sesak nafas macam orang putus nyawa masa berebut nak naik bas dengan kaum kaum satu malaysia dengan menahan macam macam bau.
aku tak ingin bawak beg mahal macam kau sebab takut kena curi dan takut jugak putus tali beg mahal aku sebab hari hari bawak buku tebal dan kau setakat isi beg kau dengan mekap mekap beraneka jenis warna segala.
aku tak ingin pakai ketat ketat macam kau sebab aku ni selim melim keding kerempeng tapi kau macam bangga pulak tunjuk kau punya lemak lemak terjuntai menggelebeh tu.
aku tak ingin pakai kasut tinggi tinggi sebab aku dah dikurnia tinggi yg maha cukup dan aku tak mahu tersadung dan digelakkan dan aku suka jalan laju laju dan kau suka berlenggang lenggang dan kau memang sangat bercita cita berdiri sama tinggi dengan aku sebab bila kau nampak pendek orang tak perasankan kau dan jangan haraplah!

aku punya hal aku punya pasal.yg kau sangat tak sayang mata tu apa hal?kalau diukur dari segi ketebalan kertas dalam purse memang kau menang.tapi kau harus betulkan niat kau datang ke majlis majlis ilmu untuk menuntut ilmu bukan untuk melaram dan memendam rasa cemburukan aku sampai biji mata nak terkeluar dari case nya.
kau datang nak belajar ke kau nak apa?
 tolong simpan jelingan tajam manja kau dan tujukan kat orang lain sebab aku tak suka ekspresi kau!

jangan over over lagi.sila berubah sikit.
aku tak suka kau pandang orang macam tu.
kau pandang aku dan buat aku rasa malu jatuh air muka.
kau jugak jangan buat orang pandang kau macam semacam.

aku tak suka busuk hati dengan kau.





  ; kau,ye kau lah.kau yg baru je baca post aku ni jangan tanya aku sapa homo-sapien diatas sebab aku dah delete kan dia dari memori aku sebab aku tak mahu lain kali aku menyumpah nyumpah dia lagi.kalau kau tak suka baca ni sila google page blog luahan hati orang lain.aku tak peduli kau nak rasa apa.








...

new past